Wednesday, May 29, 2013

Strawberry Cream Caramel with Choc. Cake

Strawberry Cream Caramel With Chocolate Cake 

 Ini namanya versi product yang diversionkan.  Sama tapi tak serupa.   Agak-agak kalau tengok gambar nie je dapat tak teka apa product asal dessert nie yang sebenarnya?  Dapat..... tak dapat?  Dapat.... tak dapat?.  Nie Cream Caramel lah.....  Saya cuma ubah resepi asal dan menambah element cake dan puding dalam satu portion dessert.  Kelasss gitewwww....  Selalu kalau nak makan kek dengan puding, nak kena beli 2 item nie berasingan, so ada penambahan kos pembelian kat situ.  So lepas nie ambik resepi nie dan buat sendiri, dapat dua dalam 1.  Jimat dan you all boleh enjoy it with your family or friends.
 
Bahan Cream Caramel -
(A)  Gula hangus:
        Sedikit air
        Gula secukupnya

(B)  Puding:
       1  liter  Fresh Milk (perisa strawberry)
       10  biji Telur
       50  gm  Gula Kastor
       Sedikit esen vanilla
       Sedikit Strawberry paste

Cara membuatnya:
1.  Buatkan dulu gula hangus (A).  Panaskan gula dengan menggunakan api yang sederhana, apabila gula telah bertukar warna keperanggan, masukkan sedikit air, api dipadamkan dan kacau tanpa henti sambil air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga bubble gula perang tersebut hilang.

2.  Telur dikacau dan ditapis kemudian disatukan dengan gula didalam satu bekas berasingan.  Masukkan susu dan bahan lain.
3.  Gula perang tadi terus tuang kedalam bekas dan kemudian adunan puding dimasukkan ke atasnya.
4.  Bakar 30 minit dalam suhu 180 celcius.
5.  Buatkan kek coklat (resepi ada dalam saya sertakan di dalam blog nie juga, silalah rajinkan diri mencari resepinya).
6.  Potong 1 layer yang bersesuaian kek coklat tersebut dan letakkan ke dalam pinggan.
7.  Bila Cream caramel nie dah sejuk, terlangkupkannya di atas kek coklat tadi.
8.  Wokay, masa untuk makan.....    


No comments: