Tuesday, October 1, 2013

Kuih Apom

Apom


Bahan-
250 gm  Gula (boleh dikurangkan jika tidak mahu terlalu manis)
2 biji      telur
1 camt.  esen vanilla
200ml susu segar
300gm tepung gandum
1 camt ovallate
pewarna mengikut kesukaan
Paper cup secukupnya

Cara membuatnya:
1.  Panaskan alat kukusan, bungkus penutupnya dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh ke atas apom.
2.  Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3.  Masukkan ovallate dan pukul lagi.
4.  Masukkan tepung susu berselang-seli sambil dipukul hingga gebu.
5.  Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul rata.
6.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
7.  Masukkan setiap bahagian ke dalam piping bag yang berasingan dan potong bucunya sedikit.
8.  Paipkan adunan berselang-seli atau mengikut kreativiti ke dalam paper cup sehingga 1/2 bahagian penuh.
9.  Kukus selama 10-15 minit atau sehingga apom masak.