Wednesday, December 17, 2014

Laksa Johor

Main course


BAHAN UNTUK KUAH:
500 gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan kisar)
2 liter santan (2 biji kelapa)
40 gm udang kering (rendam dan kisar)
50 ml air asam jawa
60 ml minyak masak
50 gm daun kesom (kisar halus)
 BAHAN UNTUK PES:
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili
 BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kecil lada hitam
 BAHAN HIASAN:
Timun (potong nipis dan memanjang)
Lada merah (hiris)
Bawang besar (hiris)
Daun selom
Kacang panjang (hiris halus)
Telur rebus dan belah dua
Limau kasturi (belah dua)
Sedikit lobak masin
Sedikit taugeh
Sedikit hirisan daun selom
Sambal belacan
 CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan pes dan kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan santan dan kacau perlahan.
4. Masukkan isi ikan, udang kering dan air asam jawa. Selepas beberapa minit masukkan daun kesom.
5. Kacau perlahan dan masukkan garam, gula secukup rasa, dan biarkan mendidih.
6. Boleh dihidangkan bersama spageti dan bahan hiasan.

Paru goreng


BAHAN-BAHAN:
500 gm paru
Air secukupnya untuk merebus
2 cawan minyak

BAHAN REMPAH:
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
1 sudu besar air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebus paru hingga empuk. Sejukkan.
2.Hiris paru nipis-nipis dan lebar.
3.Gaulkan dengan bahan-bahan rempah dan air, perap selama 25 hingga 30 minit.
4.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga garing.

Sayur kailan


BAHAN-BAHAN: 200 gm kailan Hong Kong 6 keping cendawan hitam 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil tepung jagung Sedikit air Gula dan garam CARA MENYEDIAKAN: 1. Celurkan kailan separuh masak, angkat dan toskan serta susun di atas pinggan. 2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan sos tiram, sedikit air, cendawan hitam, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. 3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas sayur tadi. Hidangkan.

Masak lemak udang pucuk paku


BAHAN-BAHAN: 1 ikat pucuk paku 200 gm udang 2 cawan santan 9 tangkai cili padi (tumbuk) 3 cm kunyit hidup (tumbuk) 1 keping asam gelugur CARA MENYEDIAKAN: 1.Satukan santan bersama bahan tumbuk dan asam gelugur dalam periuk. 2.Bubuhkan garam dan renehkan sehingga mendidih. 3.Kemudian masukkan udang. Biarkan udang masak. Renehkan lagi. 4.Akhir sekali masukkan pucuk paku. Setelah pucuk paku layu matikan api Tip nak bagi sodap masakan: 1. Gunakan kunyit hidup tetapi jgn terlalu banyak. 2. Santan fresh jgn guna kotak punya kay...

Nasi Kerabu




Nasi Kerabu


Bahan untuk nasi –

            300      gm                   Beras

            1 ½      batang             Serai

            2          helai                 Daun limau purut

            2          helai                 Bunga itik

Bahan untuk panggang –

            2          ketul                Ayam

            1          batang             Serai (dititik)

            2          biji                   Bawang merah (dikisar)

            2          tangkai            Cili kering (dikisar)

            1          camb.               Santan

            1          camb.               Gula




Cara membuatnya –

  • Masak nasi seperti biasa bersama bahan lain.
  • Kesemua bahan kisar dicampurkan ke atas ayam dan gaulkan serta perapkan sehingga 2 hingga 3 jam.
  • Panggang ayam sehingga masak.
  • Hidang bersama nasi, sambal budu dan sambal tumis.
Nasi Kerabu Bahan untuk nasi – 300 gm Beras 1 ½ batang Serai 2 helai Daun limau purut 2 helai Bunga itik Bahan untuk panggang – 2 ketul Ayam 1 batang Serai (dititik) 2 biji Bawang merah (dikisar) 2 tangkai Cili kering (dikisar) 1 camb. Santan 1 camb. Gula Cara membuatnya – • Masak nasi seperti biasa bersama bahan lain. • Kesemua bahan kisar dicampurkan ke atas ayam dan gaulkan serta perapkan sehingga 2 hingga 3 jam. • Panggang ayam sehingga masak. • Hidang bersama nasi, sambal budu dan sambal tumis.

Tuesday, December 16, 2014

Kurma Daging



Kurma Daging Bahan-bahan: 1 kg daging (dipotong) 5 ulas bawang merah (dihiris) 3 ulas bawang putih (dihiris) 1/2 inci halia (dihiris) 2 camb. rempah kurma 1 1/2 cawan air 3 biji ubi kentang 1 biji tomato 3 biji cili hijau garam dan gula secukup rasa Cara memasaknya: 1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dihiris. Goreng sehingga terbit bau. 2. Masukkan rempah kurma yang dibancuh sedikit air, tumis sehingga pecah minyak 3. Masukkan air, daging dan ubi kentang. 4. Bila daging empuk dan kuah menjadi pekat, masukkan santan dan bahan perasa. 5. Masukkan tomato dan cili. Tutup api bila kuah menjadi pekat.

Monday, December 15, 2014

Sup Ikan merah

Sup Ikan Merah
Bahan: 
1 ekor Ikan merah (sederhana besar)
5 biji kentang
1 paket suun
Bahan tumisan:
2 sup bunjut adabi
2 ulas bawang putih (dihiris)
10 biji bawang merah (dihiris)
3 batang serai (diketuk)
4 kuntum bunga lawang
9 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
8 inci halia (diketuk)
5 biji tomato (dibelah 4)
Bahan hiasan:
10gm daun sup (dihiris)
10gm daun bawang (dihiris) 
Bawang goreng secukupnya
 Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya.
3. Setelah semua ramuan sebati dan mendidih, masukkan ikan.
4. Perasakan dengan bahan perasa secukupnya, setelah ikan masak masukkan tomato.
5. Tutup api dan taburkan bahan hiasan masakan.