Tuesday, December 13, 2011

Serunding daging

Nak raya je mesti nak cari serunding.  Nak serunding je mesti nak tunggu raya.  Apa hari lain tak boleh pekena serunding ke?  Bagi teman, bukan salah makan serunding selain dari hari raya tapi cara pembuatannya yang rumit sedikit membuatkan ia lebih sesuai untuk hari raya.  Untuk anda yang hantu serunding, ini ada resepi untuk kita kongsikan bersama.

Bahan:
1 kg  daging batang pinang (direbus dan diambil airnya)
1 1/2 biji kelapa
10 gm  jintan manis (digoreng tanpa minyak)

Bahan Kisar:
500 gm  bawang merah
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
5 batang serai
1 cm  halia
gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.  Rebus daging sehingga empuk, bila sejuk carik-carikkan isinya hingga halus.
2.  Ambil air rebusan daging dan gunakan untuk memerah santan pati sebanyak 3 cawan.
3.  Masak pati santan bersama bahan kisar dengan api sederhana hingga kuahnya menjadi sedikit  
     kering.
4.  Masukkan daging yang dicarik dan juga jintan manis (yang telah dimesin halus).  Kacau rata.
5.  Perasakan dengan garam dan gula dan masak sehingga kering.



Posted by Picasa

No comments: