Buah Melaka


Onde-onde atau dikenali juga dengan nama buah melaka amat sedap dimakan dalam keadaan cuaca sejuk dan selalunya disajikan pada bulan puasa.  Di Indonesia ia dikenali sebagai "Klepon" dan di Brunei sebagai "kek punctured".

Buah Melaka
Bahan:
1 kg tepung pulut
Air secukupnya
sedikit pewarna daun pandan atau pewarna hijau
10gm pes daun pandan atau 20gm daun pandan(kisar ambil airnya)
Gula Melaka secukupnya (dipotong kecil-kecil)
kelapa parut (putih sahaja) secukupnya

Cara memasaknya:
1.  Gaul tepungpulut dengan air sehingga adunan boleh dikepal.
2.  Tambah pewarna dan pes daun pandan, sebatikan adunan.
3.  Ambil sedikit adunan, leperkan dan letak gula Melaka ditengahnya dan bulat-bulatkan.
4.  Didihkan air didalam periuk dan masukkan buah Melaka yang telah dibulatkan tadi, biar hingga adunan timbul barulah diangkat.
5.  Masukkan adunan ke dalam campuran kelapa parut putih dan sedikit garam, gaul sebatidan bolehlah dihidangkan.




Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh