Thursday, May 8, 2014

Pajeri Buah Ara

Pajeri Buah Ara

Pernah rasa tak.  Sayapun tak pernah.  Ini pertama kali saya jumpa ketika saya dijemput menjadi panel juri sebuah pertandingan masakan di Pulau Pinang.  Nampak sedap dan menyelerakan, Rasanya tentu sedap sekali.  Untuk yang tak pernah merasa macam saya nie, sini saya sharekan resepi yang saya perolehi dari peserta pertandingan.  Cubalah ya.

Bahan-
beberapa biji buah ara
3 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa)
1 inci halia (dimayang halus)
5 ulas bawang merah        )
2 ulas bawang putih          )  Dikisar halus
1 camb. udangkering        )
1cm kulit kayu manis
6 camb. rempah kari ikan (dibancuh dengan air)
sedikit minyak masak
2 camb. gula merah
2camb. kerisik
Garam secukup rasa


Cara memasaknya-
1.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan rempah kari.
2.  Masukkan kerisik dan buah ara.  Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk dan sehingga 
     buah ara sedikit lembut.
3.  Masukkan santan dan garam serta gula merah.
4.  Masak sehingga kuah menjadi pekat dan naik minyak.


No comments:

Gulai Batang Pisang

GULAI BATANG PISANG  ·           Gulai nie merupakan hidangan wajib tahu yang terkenal di Kedah.  Kalau orang yang tak biasa dengan...