Wednesday, May 7, 2014

Samosa


Samosa dikatakan berasal dari tanah Arab dan diperkenalkan ke India pada kurun 13-14 sebelum masihi oleh para pedagang.  Samosa yang asli disediakan dari campuran daging, minyak sapi, bawang dan bahan yang lain.  

Samosa juga dikenali sebagai "samushak" atau "Sambusak" sejenis pie bersaiz kecil yang berintikan daging cincang, badam, kacang pisctashio, walnut dan rempah, masyarakat hindu mengenalinya sebagai "Sanbusah".

Vegetable Samosa

Bahan:
4 camb. minyak masak
8 biji ubi kentang (dikupas dan dipotong kiub 1/2 inci)
2 biji bawang besar (dicincang)
1 cwn. mix vegetable
6 camb. rempah kari daging
Kulit popia secukupnya

Cara memasak:
1.  Panaskan minyak.  Masukkan kentang dan bawang, kacau 15 minit atau sehingga kentang lembut.
2.  Masukkan mix vegetable dan rempah kari.  Masak 5 minit dan sejukkan.
3.  Potong kulit popia kepada 2 bahagian untuk menjadikan kulit popia tersebut kepada 2 bentuk segitiga.
4.  Letakkan inti.  Letakkan air dipenjuru kulit popia.  Balutkan kulit popia dan tekankan sedikit dihujungnya.
5.  Goreng samosa dan biarkan kekuninggan baru diangkat.



No comments: