Wednesday, March 25, 2015

Bengkang Pandan


Yang nie kalau pekena petang-petang memang sedap.  Originalitynya pakar membuat bengkang nie selalunya mai dari belah utara.   So sesapa yang terasa nak bermak mertuakan orang utara atau nak bersuamikan orang utara mesti kena pandai buat bengkang.  Istimewanya bengkang nie bila ianya mula dibakar, pergh!  bau wangi daun pandan memang harum semerbak.


Bengkang Pandan


Bahan:
2 cawan tepung gandum (diayak)
5 biji telur ayam (gred A)
600 ml santan (kalau guna santan kotak = 200ml santan kotak + 400ml air)
250 ml jus pandan (daun pandan dikisar bersama sedikit air)
2 camb. mentega, cair dan sejukkan
1/2 camt. garam
1/4 camt. pewarna hijau makanan


Cara membuatnya:
1.  Lapik bekas acuan dengan aluminium foil (lebihkan bahagian tepinya supaya mudah untuk mengangkat keluar adunan), Sapukan mentega dipermukaan dalam acuan tadi.
2.  Masukkan semua bahan lain, kacau sebati, Campurkan garam dan mentega cair, Kacau rata dan tapis adunan tadi.
3.  Panaskan oven danmasukkan acuan ke dalam oven, bila acuan telah panas keluarkan dan tuangkan adunan ke dalam acuan tadi.
4.  Bakas dalam10 - 15 minit keluarkan dan tabor bijan di atas permukaan adunan dan kemudian bakas semula adunan.
5.  Bakar sehingga 40 - 50 minit atau sehingga masak dan permukaan kuih perang. 
6.  Keluarkan dari oven, sejukkan dahulu sebelum dipotong.

No comments: