Wednesday, September 9, 2015

Nasi Daging



Nasi daging air asam merupakan makanan traditional dari utara Malaysia (Kedah dan Perlis).  Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau ketika kenduri kendara.  Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, daging perlu direbus lama (anggaran 2-3 jam).  Saya bukannya rajin sangat nak ke dapur buat makanan yang sedap2 camnie.  Malahan nasi daging nie tak pernah saya buat sebelum nie.  Tapi bila makan nasi nie di sebuah majlis kenduri kahwin kenalan.  Hati terus memikir "balik karang nak cari resepilah, nak try buat kat rumah pula".  Konon.... Bila dah kenyang, sampai rumah.... angan tadi ke laut.  Kebetulan raya kali nie, mama tak sihat.  So terpaksalah merajinkan diri ke dapur.  Tengok kat dapur banyak daging dari ayam.  Hi..hi.. sebabnya papa saya alah makan ayam.  Terus jem kepala.  Kalau ayam tu senang sikit nak dijadikan menu utama.  Macam2 resepi boleh buat; paling malaspun boleh buat nasi ayam.  Ha!  dapat idea, guna method nasi ayam saya buat nasi daging.  Ramuan guna je apa yang ada kat dapur tu.  Rumah sendiri senang nak godek, rumah org tua.  guna je apa yang tersedia.  Nak ke kedai dah terasa malaslah pula, bila dah berpakaian bibik nie.  Suspen cause first time buat, tapi tengok anak makan bertambah, mama dan papa pun makan bertambah.  Mama pula asyik sibuk tanya sapa yang masak.  So; terbuktilah kut air tangan masakan saya tu sedapppp.  Perasannya..... Ok! pada yang ingin mencuba saya sharekan resepi untuk membuat nasi daging ini.  Cuba ya....

Nie version resepi kalau nak hasil nasi daging nie cantik.

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras basmathi (rendam 30 minit dan tos)
  • 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan sudu cair
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 -2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/4 cawan tomato puri
  • Sedikit kismis hitam
 
Bahan untuk rebusan daging:
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 2 inci halia, hiris nipis
  • Air anggaran sehingga daging tersebut terendam kesemuanya.
 
Bahan untuk ditumis:
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga
 
Bahan untuk air asam:
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 biji tomato, potong kecil
  • 6 biji cili merah, potong kecil
  • 1 inci belacan, dibakar di atas api
  • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 3 sudu besar gula
  • 1-2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sedikit perahan jus limau nipis
Cara untuk memasak:
  1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. 
  3. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
  4. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana.
 
Cara untuk membuat air asam:
  1. Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

Nie pula version campuran kekacang dalam nasi daging.

Bahan-bahan untuk Nasi Daging ( hidangan 5-6 orang)
4 cawan beras basmati
1 kilo daging segar ( direbus)
1 liter air rebusan daging
150 gram minyak ghee
100 gram rempah giling ramuan khas nasi daging
250 cc  (1 tin) susu cair
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
5 cm halia
20 gram rempah tumis
100 gram kacang gajus
100 gram kacang badam
100 gram kismis besar
3 helai daun pandan

 Cara memasak
-  Cairkan minyak ghee dalam periuk nasi atas api dapur yang sederhana.
-  Tumis remah tumisan hingga wangi. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris. -  Masukkan rempah giling ramuan khas nasi daging, tumis sehingga masak.
-  Masukkan daging rebus. Biarkan atas api sederhana selama lima minit.
-  Masukkan beras basmati yang sudah dicuci dan ditoskan. Balik-balikkan beras bergaul dengan
   rempah dan daging.
-  Masukkan susu cair dan air rebusan daging.
-  Masukkan daun pandan yang dipintal. Selepas air kering, masukkan semua kacang dan kismis.
 
 Air Asam untuk cicah
Bahan-bahan
2 biji tomato saiz sederhana
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji limau nipis saiz sederhana
50 gram belacan bakar
Sedikit garam
Sedikit hirisan daun kesom
150 cc air suam


Cara menyediakan
Hiris halus semua bahan di atas. Gaulkan bersama air suam. Picitkan limau nipis sebelum dihidang.

kerabu sotong


Kerabu sotong nie ada banyak version.  Ini version pertama kita buat ala Thai.

Bahan-bahan :
10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap

Bahan dimayang:
2 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar holland
2 batang serai 
 Cili besar @ cili padi 

6 batang kacang panjang - potong nipis
2 biji tomato - potong dadu
2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1) Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus. 
2) Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata.
3) Siap untuk di hidangkan.

Ini pula version yang paling saya suka.

Bahan-bahan:
400 gm sotong
1 ulas bawang besar – dimayang
1 biji tomato – dipotong dadu
1 biji lada merah
3 biji cili padi
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan
4 tangkai daun kesum
5 sudu besar sos ikan
6-8 biji limau kasturi – ambil air perahan
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:
Sama je cara cam resepi kat atas tapi ada tambahan penggunaan bunga kantan, daun kesum dan sos ikan.

Pulut mangga


Bahan A
2 cawan beras pulut
Air separas beras pulut

Bahan B
1 kotak kecik santan segera
2 cawan air
1 camb. tepung jagung
1 camt. garam
4 camb. gula
1 helai daun pandan

Bahan C
4 biji Mangga yang ranum

Cara penyediaan :

1.  Cuci beras pulut , masukkan air dan kukus di dalam loyang sehingga masak.
2.  Sambil itu, masak santan dengan api yang kecil selama 1minit, kemudian masukkan tepung
     jagung, garam, gula, air serta daun pandan dan kacau hingga semuanya larut.  Padamkan api.
3.  Setelah masak bancuhan santan, masukkan sedikit santan (sekadar untuk memalutkan pulut
     tersebut) dalam pulut yang sudah masak, gaul sebati dan ketepikan.Biar sejuk.
4.  Kupas mangga, dan potong kiub atau bentuk kesukaan anda.Hidangkan dengan pulut dan santan.

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...