Posts

Showing posts from 2022

Belalang Goreng Kerutup Juadah raya

   Makanan eksotik belalang liar, menadi pilihan penduduk sekitar Pasir Puteh Kelantan untuk dijadikan juadah istimewa Aidiladha. Belalang liar ini dimasak kerutup atau goreng kunyit bagi masyarakat sekitar Kelantan, di makan bersama ketupat palas atau ketupat nasi. Harga belalang ini lebih mahal jika dibandingkan dengan harga daging lembu iaitu RM70 sekilo dan RM50 sekilo untuk harga borong mengikut musim. Kebanyakkan belalang ini diperolehi sekitar kawasan sawah padi.    Di Kampung Bukit Telipot Kelantan ada di antara kalangan penduduk yang menjadi pengusahasa makanan eksotik ini dan bekalan belalang ini mereka perolehi daripada penduduk Felcra teratak Batu, Kampung Changgai dan kamppung Panggung serta kampung Bukit. Proses memasak belalang kerutup ini mengambil masa 3 jam (termasuk proses membungkus) dan ianya dijual 100gm dengan harga RM12. Proses penyediaan belalang Kerutup ini termasuklah proses membunag sayap, kaki belalang yang berduri, bahagian kepala d...