Roti Jala dgn Kari ayam

Hujung minggu camnie, kalau layan roti jala best jugak ek!. Tapi cam leceh jer, nak mengurai (any term??? i just hear from my grandma.... this term "mengurai"). Tahu tak term tu mendanya, itu merupakan term untuk koje adunan roti jala yang kita bentukkan di dalam non-stick pan. Kalau x de non-stick pan apa nak buat?? gi kedai kat hujung jalan dan jerit kuat-kuat "makcik! roti jala 1". Okay, jangan jadikan alasan, pan biasapun bisa, letak aje sedikit minyak masak (sedap kalau guna corn oil @ butter... aromanya nanti mix dengan roti jala...). Ada yang dah tak kuasa nak dengar saya berceloteh? Sebagai upah melayari blog saya, ari nie saya perturunkan resepi Roti Jala bersama Kari Ayam :

Bahan Roti Jala -
200 gm Tepung gandum (ayak dulu yea)
air mengikut kepekatan adunan
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara membuatnya -
1. Masukkan tepung gandumdan serbuk kunyit bersama sedikit garam ke dalam bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau adunan tepung dengan menggunakan whisk
(alat yang selalu digunakan untuk mengadun telur - ketika membuat bahulu).
3. Setelah adunan sebati, dan tidak berketul2; masukkan telur dan sebatikan. Biarkan seketika.
4. Mula mengirai adunan roti jala menggunakan acuan roti jala ketika pan telah mula panas.
Gunakan api sederhana sahaja. Angkat apabila adunan kelihatan kering sedikit. Lipat tiga
segi atau gulungkan saja...
5. Siap untuk dimamam.... yummi...

Bahan untuk kari ayam -
500 gm isi ayam (mudah kerja.....)
1 paket kerisik
200gm santan pekat
garam, gula secukup rasa
2 inci halia
4 biji bawang merah
2 camb. serbuk rempah kari ayam
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang,
2 biji bawang putih
sedikit daun kari

Cara membuatnya -
1. Tumis bawang dengan kulit kayu manis daun kari dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Masukan rempah, biar sehingga pecah minyak.
3. masukkan ayam, air, santan dan perasakannya.
4. Bila ayam telah masak, bolehlah dihidangkan bersama roti jala tadi.

Comments

Shatheblogger said…
This comment has been removed by the author.
Siti fatimah bt mohd hashim (2019274368) said…
Info yang saya dapat untuk kari ayam ini kita juga boleh memasukkan sedikit kerisik untuk memekatkan warna kuah kari ayam . Selama ini saya tidak tahu ada kari ayam menggunakan kerisik dan sekarang saya tahu apa kegunaan kerisik untuk kari ayam ini. Selain itu , kentang juga boleh diletakkan untuk bagi kari ayam ini lebih sedap. Kita juga perlu memotong kentang itu mengikut saiz potongan ayam .
(2019274368)
Info yang saya dapat untuk memberi kesedapan kepada kari ayam ini adalah dengan menggunakan tiga sekawan,iaitu bunga lawang,bunga cengkih dan kayu manis. Kita boleh menumis tiga sekawan ini bersama-sama dengan rempah dan bawang. Selain itu juga,kari ayam ini ditambahkan dengan santan adalah untuk memberikan kepekatan kepada kuah tersebut.
Terima kasih.
(2019443244)
NOR AZLIN FARHANA BINTI AZNAN (2019409082)
Tips Kari ayam yang dapat saya ketahui daripada ibu saya, semasa sediakan rempah untuk tumis masukkan bawang merah dan halia yg telah ditumbuk dan 2 sudu santan, tumis rempah sehingga pecah minyak. Kemudian, tips yang selanjutnya dengan menggunakan santan yang fresh, ayam kampung yang segar serta ubi kentang yang elok. Selain itu, semasa pembelajaran kelas berlangsung tips yang baru saya ketahui ialah tumis 3 sekawan letakkan di atas kari ayam bgi menaikkan rasa serta aroma kari ayam tersebut.
Shatheblogger said…
This comment has been removed by the author.
Shatheblogger said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
(Nur Adriana Shahirah Binti Anuar)
Tips dari saya untuk menu kari ayam ialah pastikan rempah pecah minyak dan pastikan minyak timbul dipermukaan, dan barulah dimasukkan ayam Dan santan. Selain itu, ketika menumis rempah, pastikan menggunakan api yang perlahan sehingga pecah minyak. Penggunaan asam jawa juga mampu memberikan rasa masakan lebih enak dan menyelerakan.
Terima kasih.
(2019224166)
canishn said…

ANIQ AZRI BIN ABDUL KHALID JUM (2019255454) said…
Info dan tips yang saya dapat kongsikan tentang cara memasak kari ayam ialah apabila membuat kari untuk mendapatkan rasa kari yang sedap adalah dengan cara tumis bahan tumisan dan perencah kari sehingga garing dan pecah minyak untuk mendapatkan rasa yang sedap apabila kari sudah siap dimasak . Selain itu , jika anda penggemar pedas anda boleh menggunakan cili kering semasa memasak kari .
Terima kasih .
(2019255454)

Sebelum ini saya hanya memasak rempah dan bahan-bahan tumisan bersama.Tetapi tips yang saya perolehi dari memasak kari ayam ini kita perlu memasak rempah kari tersebut secara berasingan sebelum mencampurkan semua bahan-bahan itu supaya permukaan kari nampak berminyak dan cantik. (2019283222)
Sebelum ini saya memasak rempah kari dan juga bahan-bahan tumisan yang lain sekali dalam satu periuk. Tetapi tips yang saya perolehi dari memasak kari ayam ini kita perlu memasak rempah kari tersebut secara berasingan sebelum mencampurkan semua bahan-bahan itu supaya permukaan kari nampak berminyak dan cantik.(2019283222)
Unknown said…
Info yg saya dapat untuk menambahkan lagi kesedapan kari ayam ialah dgn menumis herba2 spt bunga lawang dan bunga cengkih dan memasukkan nya kedalam kari ayam yg kita masak. Ini mmbuatkan kari ayam lebih berminyak dan pekat. (2019297544)
Unknown said…
(NUR LIYANA BINTI ABD RAZAK)
(2019842608)
Tips yang saya dapat dari masakan Kari ini ailah,untuk melihat samaada kari tersebut betul-betul jadi ialah apabila terdapat minyak dipermukaan kuah.Seterusnya,untuk memastikan kuah Kari itu pekat,Kita boleh menambah hasil rempah kedalam kuah dengan Cara memasak rempah secara berasingan.
Syauqi Firdaus said…
(2019222208)

info atau tips yang saya perolehi dalam penyediaan kari ayam ini ialah kita hendaklah memastikan tumisan rempah sehingga pecah minyak. tipsnya ialah hanya menggunakan kadar api yang perlahan sahaja.selain itu,pemilihan bahan atau rempah lain seperti asam jawa juga boleh, bergantung kepada tukang masak agar menambah rasa keenakkan kepada kari ayam tersebut.sebagai info tambahan ,kerisik yang digunakan akan menambah kepekatan kari ayam.

nur zulaikha husna binti zazali said…
2019883958

bahan A(kisar)
2 inchi halia
jintan halus
lada hitam
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

bahan B
ayam
minyak masak
serbuk kari ayam (mak siti)
4 sekawan
daun kari
cili boh/serbuk cili
4 biji kentang
2019413662 said…
bahn-bahan;
bawang putih
bawang merah
halia
serai
lengkuas
serbuk kari(cap baba's/adabi)
kerisik
daun kari
ayam seekor
5 biji ubi kentang minyak masak
santan
cara memasak:
1.bawang putih,bawang merah,halia,lengkuas dan seria dikisar halus
2.panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
3.masukkan serbuk kari dan kerisik kacau sehingga pecah minyak
4.masukkan ayam
5.masukkan santan(buah kelapa sebiji/santan kotak)
6.tunggu sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang
7.masukkan garam secukup rasa dan serbuk perasa
8.tunggu sehingga mendidih dah hidangkan

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh