Friday, November 5, 2010

Bread butter pudding

Hidangan puding roti yang menyelerakan



















Apakah ini???.  Ini fabrat saya.  Puding yang lazat dan berkhasiat, tiada tolak bandingnya....  Yummie, sedap sangat.  Nak cuba mehlah...  Apa namanya yea?  NIelah Bread Butter Puding, bau aromanya memnag tak boleh nak tahan.  Makan pula dengan vanila sauce, sedap sangatttt... Jom kita belajar cara membuatnya.

Bahan-bahannya -
1 buku  roti
1 liter    susu segar (kalau tak ada susu tepung pun boleh, tapi perlu dicampurkan dengan air @ santan pun   
                              bisa)
4 biji     telur
Gula secukup rasa
1 tsp.    Esen Vanilla
1 paket Buah pala sagat (yang bergula)
Sedikit serbuk buah pala
Sedikit serbuk kayu manis
Kismis secukupnya
Choclate chip secukupnya
Mentega secukupnya

Bahan untuk Vanilla esen -
500 gm  Susu segar
2 camb. Gula
1 camb. Tepung jagung
1 camb. Tepung Kastard
Sedikit vanilla esen

Cara membuatnya -
1.  Setiap kepingan roti perlu disapu dengan mentega.  Potong tepi roti tersebut.
2.  Susun lapisan roti dengan memenuhkannya ke dalam bekas yang telahpun disapu dengan mentega dan
     dialaskan dengan kertas minyak.
3.  Taburkan atas kepingan roti yang telah siap disusun itu dengan kismis, choc. chip, sedikit serbuk buah
     pala, sedikit serbuk kulit kayu manis dan buah pala sagat.  Kemudian susun pula lapisan roti yang kedua
     di atasnya.
4.  Lakukan proses yang sama pada setiap lapisan roti.
5.  Lakukan dan ulang proses yang sama sehingga bekas membakar telah dipenuhi 3/4 adunan ini.
6.  Susu segar dicampurkan dengan gula dan telur.  Kacau sebati.
7.  Tuangkan adunan susu ini ke atas adunan roti, sehingga meliputi keseluruhan permukaan roti tersebut.
8.  Biarkan 20 minit, dan tuang sedikit lagi adunan susu.
9.  Kemudian bakar pada suhu 1800 celcius selama 30 minit atau sehingga masak dengan cara "water bath".
10.Untuk saucenya pula, masukan kesemua bahan dan masak dengan menggunakan api yang perlahan
     sehingga adunan menjadi sedikit pekat.
11.Bila puding roti telah masak, biarkan ia pada suhu bilik sehingga sejuk.
12.Keluarkan potong pada size yang diingini, masukkan ke dalam pinggan hidangan curahkan sauce vanilla
     dan hiaskan sebelum dimakan. 
Selamat mencuba....

Puding roti yang telah siap

No comments: