sembangorgdapur.blogsport.com:
Laman ini merupakan salah satu cara bagi saya untuk berkongsi ilmu masakan bersama anda semua. Setiap resepi yang disertakan telah diuji dan diolah semula oleh saya. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Jom masuk contest ALL Shiny WHITE
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Apa tunggu lagi. Exam dah abis, yang kerja, inilah masanya untuk bercuti panjang. Tapi RM takde. So apa lagi mehlah join contest yg ada kat Blog nie, siapa tahu ini giliran anda untuk memenanginya.
Resepi Sup Ham Choi versi Sabah Bahan-bahan: 1. Kepala ikan(apa-apa jenis ikan) 2. Tomato( potong dadu) 3. Tauhu kering(hiris) 4. Tauhu( potong dadu) 5. Halia(hiris) 6. 1 mangkuk air 7. Ajinamoto dan garam(secukup rasa) Cara masak: 1. Masukkan bahan-bahan 1 hingga 5 ke dalam periuk. 2. Tuangkan 1 mangkuk air ke dalam periuk yang sama. Letakkan periuk di atas api yang sederhana. 3. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan ajinamoto dan garam secukup rasa. 4. Hidangkan.
Resepi nie, senang je nak buat sebenarnya. yang jadi tak berapa nak rajin kalau nak disediakan sebagai 1 hidangan lengkap. Sebagai 1 hidangan lengkap, soto nie mesti ada sambalnya dan yang paling penting pergedil. Bahan Sup Soto- 1/4 ekor ayam 2 liter air *5-6 daun limau purut (tak ada pun tak apa) Bahan untuk diikat dalam kain kasa/bungkus: 1 batang kulit kayu manis 4 biji cengkih 1/2 biji buah pala 3 biji bunga lawang- 3 biji pelaga * Kalau nak mudah gunakan saja rempah sup bunjut tu. Bahan kisar: 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih Garam Serbuk lada putih Bahan Tambahan: Suhun putih, direndam dalam air panas hingga lembut Telur rebus Ketupat/nasi impit Begedil kentang/begedil daging Bawang goreng Daun sup/saleri Sambal kicap Isi ayam yang disiat (direbus terlebih dahulu) Limau kasturi Cara: 1. Rebus ayam dan daun limau purut dalam air bersama bahan dalam kain k...
Mee goreng mamak- Hidangan masakan ini amat terkenal bgi masyarakat sebelah utara semenanjung terutamanya Pulau Pinang dan Kedah. Keenakkan dan keunikkan rasa mee goreng mamak memang tiada taranya kerana cara memasaknya yang unik dengan campuran berbagai bahan dan sos buatan yang tersendiri. Antara bahan utama yang diperlukan bagi memasak mee mamak ini adalah mee kuning, telur, tauge, sawi, kucai, kentang, limau nipis dan cili kisar. Bahan tambahan yang sering dimasukkan ke dalam hidangan mee mamak ini termasuklah kicap manis, kicap pekat, serbuk kari dan bahan perasa seperti garam dan gula. Bahan-bahan- 1/2 biji bawang besar (hiris nipis) 3 ulas bawang putih (hiris nipis) 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar serbuk kari daging 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap pekat 1 batang lobak merah (dihiris nipis dan bulat) 1/2 cawan air 1 bungkus mee kuning 2 biji telur ayam 1 biji tomato (dipotong 4) 1 cawan tauge 1/2 cawan air r...
Comments