Monday, December 2, 2013

Ayam masak merah


Bahan:
1/2 ekor ayam
Sedikit garam dan kunyit
4 - 5 biji cili kering (direndam dan dikisar halus)
1 cm halia                 ) dikisar
2 ulas bawang putih )
1 labu bawang besar)
1 biji tomato (potong dadu)
1/2 cawan sos tomato
1/2 biji bawang besar (potong bulat)
kacang peas secukupnya
1 bungkus cili boh

Cara memasak:
1.  Bersihkan ayam.  Potong kecil dan gaulkan bersama garam dan kunyit.
2.  Goreng ayam 2/3 masak.
3.  Tumis bahan kisar sehingga naik bau, dan pecah minyak.
4.  Masukkan sos tomato dan buah tomato.
5.  Masukkan ayam, biar sehingga kuah pekat.
6.  Masukkan bahan selebihnya, kacau sebati.  hidangkan.

Daging Nasi Kandar

Daging Nasi Kandar



Bahan A:
1 kg daging lembu (diperap dengan 3 camb. rempah kari daging)
4 batang serai (diketuk)
1/2 cawan air asam jawa
2 biji tomato (potong 4)
1/2 cawan minyak masak
3 cawan air
5 tangkai daun kari
1 pokok daun ketumbar
garam secukup rasa


Bahan B:
1 botol kicap manis
1 botol kicap pekat
2 biji bawang besar  )
4 biji bawang merah )  Dihiris
1 ulas bawang putih  )
1 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelage
5 kuntum bunga cengkih

Cara memasak:
1.  Panaskan minyak  dan tumis bahan yang dihiris, serai dan daun kari sehingga Wangi.
2.  Masukkan daging yang diperap, tomato dan daun ketumbar.  Kacau rata.
3.  Masukkan air asam jawa dan garam.
4.  Masak sehingga pekat dan pecah minyak.
5.  Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.

Cucur Udang


Bahan:
1 kg Tepung gandum
1 kg Udang sederhana besar (dibuang ekor dan kepala)
10 gm Daun kucai dan daun sup
10 gm Taugeh
Sedikit serbuk kunyit
3 camb. Cili boh
3 biji Bawang besar (dipotong dadu)
6 biji Cili merah (dimayang)
1camb. cuka makan
Sedikit garam dan gula
Air sejuk secukupnya
Cara memasak:
1.  Bersihkan sayur-sayuran dan potong.
2.  Campurkan semua bahan dan gaul sebati
3.  Biarkan seketika (5-10 minit)
4.  Panaskan kuali yg berisi minyak masak.
5.  Goreng adunan sehingga kekuninggan, sejat dan angkat.