Posts

Pajeri Buah Ara

Image
Pajeri Buah Ara Pernah rasa tak.  Sayapun tak pernah.  Ini pertama kali saya jumpa ketika saya dijemput menjadi panel juri sebuah pertandingan masakan di Pulau Pinang.  Nampak sedap dan menyelerakan, Rasanya tentu sedap sekali.  Untuk yang tak pernah merasa macam saya nie, sini saya sharekan resepi yang saya perolehi dari peserta pertandingan.  Cubalah ya. Bahan- beberapa biji buah ara 3 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa) 1 inci halia (dimayang halus) 5 ulas bawang merah        ) 2 ulas bawang putih          )  Dikisar halus 1 camb. udangkering        ) 1cm kulit kayu manis 6 camb. rempah kari ikan (dibancuh dengan air) sedikit minyak masak 2 camb. gula merah 2camb. kerisik Garam secukup rasa Cara memasaknya- 1.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan rempah kari. 2.  Masukkan kerisik dan buah ara.  Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk dan sehingga       buah ara sedikit lembut. 3.  Masuk

Buah Melaka

Image
Onde-onde atau dikenali juga dengan nama buah melaka amat sedap dimakan dalam keadaan cuaca sejuk dan selalunya disajikan pada bulan puasa.  Di Indonesia ia dikenali sebagai "Klepon" dan di Brunei sebagai "kek punctured". Buah Melaka Bahan: 1 kg tepung pulut Air secukupnya sedikit pewarna daun pandan atau pewarna hijau 10gm pes daun pandan atau 20gm daun pandan(kisar ambil airnya) Gula Melaka secukupnya (dipotong kecil-kecil) kelapa parut (putih sahaja) secukupnya Cara memasaknya: 1.  Gaul tepungpulut dengan air sehingga adunan boleh dikepal. 2.  Tambah pewarna dan pes daun pandan, sebatikan adunan. 3.  Ambil sedikit adunan, leperkan dan letak gula Melaka ditengahnya dan bulat-bulatkan. 4.  Didihkan air didalam periuk dan masukkan buah Melaka yang telah dibulatkan tadi, biar hingga adunan timbul barulah diangkat. 5.  Masukkan adunan ke dalam campuran kelapa parut putih dan sedikit garam, gaul sebatidan bolehlah dihidangkan.

Bihun goreng

Image
Bihun Goreng  Bahan: 1 pkt bihun (direndam) 1 batang lobak merah (dihiris halus) 1 ikat sawi (dibersihkan) 200gm daging cincang 2 kg udang (dibersihkan) 3 biji telur Bawang goreng secukupnya Serbuk perasa secukupnya Minyak untuk menumis Cili kisar secukupnya Bahan kisar: 3 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1/2 cwn. udang kering (dicuci bersih) 1 camt. serbuk lada putih 20gm daun sup 20gm daun bawang cili merah 100gm taugeh, kucai, daun sup dan daun bawang Cara memasaknya: 1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 2.  Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak, kemudian masukkan bahan perasa secukupnya. 3.  Masukkan bihun yang telah disejat terlebih dahulu. 4.  Gaul sebati bihun bersama bahan tumisan, kumudian masukkan sayuran dan bahan selebihnya. 5.  Masak sehingga bihun lembut dan airnya sedikit sejat. 6.  Angkat dan hidang bersama daun bawang, bawang goreng, daun sup dan cili merah.

Samosa

Image
Vegetable Samosa Bahan: 4 camb. minyak masak 8 biji ubi kentang (dikupas dan dipotong kiub 1/2 inci) 2 biji bawang besar (dicincang) 1 cwn. mix vegetable 6 camb. rempah kari daging Kulit popia secukupnya Cara memasak: 1.  Panaskan minyak.  Masukkan kentang dan bawang, kacau 15 minit atau sehingga kentang lembut. 2.  Masukkan mix vegetable dan rempah kari.  Masak 5 minit dan sejukkan. 3.  Potong kulit popia kepada 2 bahagian untuk menjadikan kulit popia tersebut kepada 2 bentuk segitiga. 4.  Letakkan inti.  Letakkan air dipenjuru kulit popia.  Balutkan kulit popia dan tekankan sedikit dihujungnya. 5.  Goreng samosa dan biarkan kekuninggan baru diangkat.  Nota- Samosa dikatakan berasal dari tanah Arab dan diperkenalkan ke India pada kurun 13-14 sebelum masihi oleh para pedagang.  Samosa yang asli disediakan dari campuran daging, minyak sapi, bawang dan bahan yang lain.   Samosa juga dikenali sebagai "samushak" atau "Sambusak" sejen

Kangkung Goreng Belacan

Image
Kangkung Goreng Belacan Bahan: 1 ikat kangkung (dibersihkan dan dipotong mengikut saiz yang diingini) 6 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 10 biji cili padi Sedikit belacan 2 camb. ikan bilis Sedikit air Garam dan gula Cara memasaknya: 1.  Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis. 2.  Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. 3.  Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung dan serbuk perasa.  Masak sehingga kangkung separa layu.

Dalca (dhal)

Image
Dalca daging Bahan –             1   kg   Daging/ tulang             150gm   Kacang dal (rendam hingga kembang)             15gm  h alia (Hiris)             6 ulas   Bawang putih (hiris)             2   labu   Bawang besar   (hiris)             2   biji   Cili merah   (belah 2)             1 biji   Cili hijau   (belah 2)             1   camb.  s erbuk kunyit             1   pkt.   Rempah kari daging             3   cm.   Kulit kayu manis             3   kuntum Bunga lawang             3   biji   Buah pelaga             20gm   Asam jawa             2 biji Ubi kentang             10   biji   Buah belimbing             4   biji   Tomato (belah 4)             2   btg.   Terung panjang (belah 4)             1   btg.   Lobak merah (potong sedang)             1 biji kelapa (jadikan 1 mangkuk besar santan)             1   tangkai   Daun kari   Cara membuatnya – Rebus daging & kacang dal berserta rempah, serbuk kunyit sehingga empuk. Masukkan kentang.   Biar

Rojak Buah

Image
Rojak buah Bahan: 12 biji manga muda 8 biji jambu batu 6 biji sengkuang 8 biji timun 4 biji nenas Bahan sos: 60 biji cili kering (rendam dan kisar halus) 2 cawan air asam jawa 8 camb. gula merah 12 camb. gula 12 camb. sos tiram 2 cawan kacang Tanah ( disangai tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar) 12 camb. bijan Cara membuat sos: 1.  Cili, air asam jawa, gula dan sos tiram dicampurkan sebati dan dimasak atas api perlahan. 2.  Biarkan adunan sehingga gula cair dan terlarut dan sos menjadi sedikit pekat. 3.  Tutup api dan masukkan kacang serta bijan, gaul sebati.