Posts

Sayur kailan

Image
BAHAN-BAHAN: 200 gm kailan Hong Kong 6 keping cendawan hitam 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil tepung jagung Sedikit air Gula dan garam CARA MENYEDIAKAN: 1. Celurkan kailan separuh masak, angkat dan toskan serta susun di atas pinggan. 2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan sos tiram, sedikit air, cendawan hitam, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. 3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas sayur tadi. Hidangkan.

Masak lemak udang pucuk paku

Image
BAHAN-BAHAN: 1 ikat pucuk paku 200 gm udang 2 cawan santan 9 tangkai cili padi (tumbuk) 3 cm kunyit hidup (tumbuk) 1 keping asam gelugur CARA MENYEDIAKAN: 1.Satukan santan bersama bahan tumbuk dan asam gelugur dalam periuk. 2.Bubuhkan garam dan renehkan sehingga mendidih. 3.Kemudian masukkan udang. Biarkan udang masak. Renehkan lagi. 4.Akhir sekali masukkan pucuk paku. Setelah pucuk paku layu matikan api Tip nak bagi sodap masakan: 1. Gunakan kunyit hidup tetapi jgn terlalu banyak. 2. Santan fresh jgn guna kotak punya kay...

Nasi Kerabu Utara

Image
Nasi Kerabu Bahan untuk nasi –             300       gm                    Beras             1 ½       batang              Serai             2           helai                  Daun limau purut             2           helai                  Bunga itik Bahan untuk panggang –             2           ketul                 Ayam             1           batang              Serai (dititik)             2           biji                    Bawang merah (dikisar)             2           tangkai             Cili kering (dikisar)             1           camb.                Santan             1           camb.                Gula Cara membuatnya – Masak nasi seperti biasa bersama bahan lain. Kesemua bahan kisar dicampurkan ke atas ayam dan gaulkan serta perapkan sehingga 2 hingga 3 jam. Panggang ayam sehingga masak. Hidang bersama nasi, sambal budu dan sambal tumis. Nasi Kerabu Bahan untuk nasi – 300 gm Beras 1 ½ batang

Kurma Daging

Image
Kurma Daging Bahan-bahan: 1 kg daging (dipotong) 5 ulas bawang merah (dihiris) 3 ulas bawang putih (dihiris) 1/2 inci halia (dihiris) 2 camb. rempah kurma 1 1/2 cawan air 3 biji ubi kentang 1 biji tomato 3 biji cili hijau garam dan gula secukup rasa Cara memasaknya: 1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dihiris. Goreng sehingga terbit bau. 2. Masukkan rempah kurma yang dibancuh sedikit air, tumis sehingga pecah minyak 3. Masukkan air, daging dan ubi kentang. 4. Bila daging empuk dan kuah menjadi pekat, masukkan santan dan bahan perasa. 5. Masukkan tomato dan cili. Tutup api bila kuah menjadi pekat.

Sup Ikan merah

Image
Sup Ikan Merah Bahan:  1 ekor Ikan merah (sederhana besar) 5 biji kentang 1 paket suun Bahan tumisan: 2 sup bunjut adabi 2 ulas bawang putih (dihiris) 10 biji bawang merah (dihiris) 3 batang serai (diketuk) 4 kuntum bunga lawang 9 biji buah pelaga 5 biji bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis 8 inci halia (diketuk) 5 biji tomato (dibelah 4) Bahan hiasan: 10gm daun sup (dihiris) 10gm daun bawang (dihiris)  Bawang goreng secukupnya   Cara memasaknya: 1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan sehingga wangi. 2. Masukkan air secukupnya. 3. Setelah semua ramuan sebati dan mendidih, masukkan ikan. 4. Perasakan dengan bahan perasa secukupnya, setelah ikan masak masukkan tomato. 5. Tutup api dan taburkan bahan hiasan masakan.

Lineis

Image
Lineis Bahan: 1 cawan beras pulut merah (kalau tak ada boleh guna beras pulut perang/ biasa) 1 cawan beras pulut hitam 1 cawan kelapa parut (putih sahaja) Gula secukupnya Daun pisang secukupnya Cara membuatnya: 1.  Kukus beras pulut berasingan sehingga separa masak (lembut). 2.  Kelapa parut dicampurkan dengan gula secukupnya serta sedikit garam. 3.  Campurkan beras pulut dan gaul sebati, kemudian letakkan di atas daun pisang. 4.  Letakkan kelapa parut ditengah beras pulut sebagai inti, balut seperti membalut kuiuh lepat. 5.  Kukus sehingga masak.

Hotshot sweetcorn

Image
Anda tengah berdiet; ini mungkin sesuai untuk anda Bahan: 3/4 tsp serbuk lada hitam 2 biji/ serbuk cili kering/cili merah (dibuang biji) 3/4 tsp garam 1/2 tsp gula 3 tongkol jagung manis (bersihkan) 75gm butter 1 biji bawang besar (dicincang halus) Cara: 1.  Campurkan lada, cili, garam dan gula ke dalam kuali, dan biar hingga naik bau bersama sedikit minyak masak. 2.  Potong jagung dan rebus sehingga masak. 3.  Cairkan butter, masukkan bawang dan campuran lada, angkat.  Sebatikan dengan jagung.