Posts

Sayur Cangkuk Petai

Image
Simple sangat masakan sayur nie tapi sedap dan berkhasiat.  Buat yg sentiasa suka masakan baru, mungkin kali ini masakan ini boleh diuji di dapur anda. Bahan: 1 kg sayur cangkuk (tapi saya guna cekur manis) 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih segengam ikan bilis 10 biji cili padi 3 biji telur Sedikit air, garamm gula dan serbuk perasa 1 paket (250gm) isi petai Cara memasaknya: 1.  Tumis bawang, cili dan ikan bilis sehingga kekuningan. 2.  Masukkan sayur, air dan serbuk perasa; gaul sebati. 3.  Masukkan telur, biar seketika, bolehlah diangkat. 

Kuih Apom balik......

Image
APAM BALIK Bahan: 2 cwn tepung naik sendiri 1/4 cwn gula 1/2 sk bikarbonate soda 1 biji telor 11/2 cwn susu segar 1/2 sk b.powder 1 cwn kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar/kisar) 1 tin jagung cream 1 cwn gula sikit butter CARA: -  Gula + telor di pukul sampai kembang. -  masukkan serbuk soda bicarbonat,baking powder,susu dan pewarna kuning      (pukul lagi hingga sebati). -  masukkan tepung dan kacau sebati dan jangan sampai bergentel. -  Panaskan nonstick pan.........dengan suhu yg sederhana. -  Terus masukkan 1 atau 2 sendok adunan dan ratakan. -  Tutup sebentar,,,bila separuh masak.tabur kacang tanah,gula,jagung     dan sikit butter. - Tutup lagi kejap...........bila dah masak.........lipat 2 dan angkat.

Nasi Ayam

Image
  Bahan utk nasi ayam: 1/2 cwn. margerin 2 biji         bawang besar (dikupas & dicincang) 2cm          halia muda (dikupas & dicincang halus) 1cm          kulit kayu manis 4 kuntum  bunga cengkih 2 helai      daun padan (disiat-siat dan disimpulkan) 4 cwn       beras (dicuci dan ditoskan) 51/2 cwn. air rebusan ayam dan sedikit garam Bahan-bahan sampingan- Timun, salad dan tomato Cara memasaknya: 1. Cairkan margerin di dalam periuk dan tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan      daun pandan sehingga naik baunya.  2. Masukkan beras, tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.  Masak sehingga       sempurna dengan api yang perlahan.  Bahan untuk lauk ayam: 1 ekor ayam (dibersihkan & dibelah 2-direbus sehingga separuh masak) garam Lada hitam (dikisar) 2cm halia (dikupas & ditumbuk) 2 ulas bawang putih (dikupas dan dicincang halus) 2 camb. kicap manis 3 camb. margerin 2 camb. sos tiram Cara memas

Nasi Aruk

Image
Nasi Aruk Bahan: Nasi putih secukupnya Segenggam ikan bilis 3 ulas bawang putih (cincang halus) 1 biji bawang besar (hiris bulat) garam secukupnya 2 camb. minyak masak sedikit udang atau daging lada sulah secukupnya 2 biji telur Cara memasak: 1.  Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan. 2.  Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan telur gaul sebati. 3.  Masukkan udang atau daging masak sehingga sekata. 4.  Masukkan nasi, bahan perasa dan ikan bilis  Goreng sehingga nasi serata Nota-    Nasi aruk yang asal hanya menggunakan bahan asas seperti nasi putih, ikan bilis, garam dan sedikit minyak masak sahaja.  Nasi aruk merupakan sejenis nasi goreng traditional masyarakst melayu Sarawak.  Tidak seperti nasi goreng biasa, nasi aruk yang asal tidak menggunakan minyak untuk menggoreng nasi.    Nasi aruk selalunya dimasak juga dengan menggunakan campuran ikan terubuk masin dan buah dabai (sejenis buah eksotik yang terdapat di Sarawak).  Buah dabai

Ikan Ampap

Image
Bahan: 1 kg ikan tenggiri (nak guna ikan apapun boleh) 100gm bawang merah 30gm bawang putih 30gm halia 30gm kunyit hidup 150gm cili boh Asam keping secukupnya (atau asam jawa secukupnya) 5 batang serai Garam dan serbuk perasa secukupnya Cara memasaknya: 1.  Bersihkan ikan dan potong setebal yang bersesuaian. 2.  Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan cili digiling halus. Masukkan bahan giling, serai, air asam jawa dan bahan perasa ke dalam kuali.  Masak sehingga sebati. 3.   Masukkan ikan dan masak sehingga mendidih. 4.  Kecilkan api dan rendidhkan sehingga pekat.

Sup Ayam

Image
BAHAN-BAHAN: 200 gm pes sup pekat Adabi 2 paket sup bunjut Adabi 1 ekor ayam kampung Bawang goreng Air secukupnya BAHAN KISAR: Setangkai daun bawang Setangkai daun sup 450 gm kentang (rebus) 2 1/2 labu bawang besar 6 ulas bawang putih CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan ayam dan potong kepada beberapa bahagian dan rebus sehingga empuk bersama pes sup pekat dan sup bunjut. 2. Setelah ayam empuk tuangkan bahan kisar, taburkan bawang putih.

Laksa Sarawak

Image
Bahan: 2 bungkus pes laksa Sarawak 2 bungkus bihun 500gm      udang basah 2 ketul      bahagian dada ayam 500ml       santan pekat 8 biji         telur 1 kiub       serbuk perasa ayam 2 camb.     sos tiram garam dan gula Bahan tambahan: 500gm taugeh dicelur 50gm   daun pudina 10 biji  limau kasturi Isi ayam yang telah dicarik-carikkan Udang yang telah dicelur Telur yang telah didadar nipis daun pudina bawang goreng Bahan utk sambal belacan (kisar lumat): 15 biji cili padi 5 batang cili merah 1 sudu kecil belacan  6 biji limau kasturi (ambil air jusnya) garam dan gula 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 5 sudu besar cili kisar 5 sudu besar udang kering (ditumbuk) pes asam jawa minyak untuk menumis Bahan Perencah Laksa Sarawak: Bahan A- 15 ulas      bawang merah 6   ulas      bawang putih 20 tangkai cili kering (dikisar) 1   cm        lengkuas 4 batang    serai Sedikit belacan 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis 1/2 sudu ke