Apam mentega

Apam Mentega Citer pasal apam nie..... buat teman tetiba rasa ngidam jerr.... Nie antara kuih melayu yang mak dan nenek teman suka buat time teman kecil2 dulu. Selagi tak abis, selagi tulah teman ngulang makan kuih apam nie. Rasanya yang manis, rasa butter dan gula hangus, tekstur yang gebu.... memang amat menyelerakan. So kalau ada teman emak dan nenek teman tak payah risau kuih nie tak habis. Memang teman yang akan ngabiskan. Ops! terima kasih kak Nor, gambar apam ini saya ambil dan kongsikan dengan anda semua dari laman blog kak Nor "secubit garam". Anda semua boleh juga melayari laman blog kak Nor ini, kerana resepi-resepi beliau amat menarik sekali untuk anda semua mencubanya. Terima kasih sekali lagi kak Nor. Apam Mentega Bahan-bahan utk gula hangus: 1 cawan gula (utk dijadikan gula hangus) 250 gm mentega Bahan untuk apam: 2-2 1/2 cawan air 3 cawan tepung gandum 4 biji telur ayam 1 tin susu cair 1 cawan gula (utk dimasukka...