Mee Udang
Mee udang oh! mee udang.....membayangkannya sahaja boleh membuatkan perutku bergendang tali kecapi. Ah! itu belum lagi terbaukan aroma kesegaran udangnya..... apatah lagi bila dapat melihat kelibat udang segar yang besar.... aduhai seleraku membuak rasa. Ialah setelah seminggu hilang selera kerana demam. Disebabkan hari mendung merarak kelabu gitu, saya tahu harapan untuk mendapatkan semangkuk mee udang di muara pantai yang katanya "sedap bangat" tidak mungkin saya perolehi hari ini. Jadi untuk mengubat jiwa yang tengah lara nie, saya perangatkan lagi dengan cuba mengingati cara-cara untuk membuat mee udang nie. Jom-jom syer semua..... Mee udang Bahan: 1 paket mee (dicelur seketika) Segenggam sayur sawi (dipotong kecil dan dicelur) Semangkuk taugeh (dicelur) Cili boh (secukup rasa) 2 kg Udang segar (sederhana besar) Cili merah secukupnya (dihiris) Segenggam bawang merah (dikisar halus) 5 biji bawang merah (dimayang) 3 biji bawang me...