Wednesday, July 2, 2014

Cantonese Beef Kueteow

Cantonese Beef Kueteow


Bahan:
1 paket kueteow

Bahan A:
100gm daging lembu (potong nipis)
100gm sotong putih
100gm bebola ikan
100gm kek ikan
4 ulas bawang putih
300gm udang sederhana (dikupas kulit)

Bahan B:
2 cawan air
4 camb. sos tiram
4 camb. kicap cair
3camb. tepung jagung (bancuh dgn air)
3 biji telur

Hiasan:
Daun bawang
Cili merah (hiris nipis)

Cara membuatnya:
1.  Kueteow digoreng dengan sedikit minyak bijan sehingga masak dan diasingkan ke dalam bekas.
2.  Tumis bahan A sehingga masak dan masukkan air sehingga mendidih atau daging empuk.
3.  Masukkan bahan B.  Biar sehingga mendidih, masukkan tepung jagung dan biar kuah pekat.
4.  Pecahkan telur dan kacau sebati.
5.  Tuangkan kuah ke atas kueteow dan hiaskan dengan bahan hiasan.

No comments: