Wednesday, July 2, 2014

Daging Batang Pinang Bersos Lada Hitam

Daging Batang Pinang Bersos Lada HItam



Bahan:
500gm daging batang pinang
50gm bawang putih (dihiris nipis)
100gm bawang besar (dipotong dadu)
50gm daun kucai (dihiris halus)
1 camb.lada hitam dikisar
125ml air
1 camb. minyak masak
1/4 camt. kicap pekat
1/2 camb. kicap cair
1/4 camb. gula

Bahan perasa:
1 camb. sos tiram
1 camb. sos Lea & Perrins
1 camb. sos tomato
1 camb. kicap
2 camb. air panas

Cara membuatnya:
1.  Bersihkan daging dan potong menjadi kiub kecil.
2.  Perap daging dengan kicap pekat, kicap cair, gula, air dan minyak masak.
3.  Simpan dalam tempat dingin.
4.  Campurkan semua bahan perasa dengan air panas dan gaul sehingga sebati.
5.  Panaskan kuali dengan 1 camb. mentega, kemudian masukkan daging dan goreng sehingga daging bertukar warna.
6.  Tambahkan serbuk lada hitam dan bahan selebihnya.


No comments: