Gulai Batang Pisang

GULAI BATANG PISANG 
·         

Gulai nie merupakan hidangan wajib tahu yang terkenal di Kedah.  Kalau orang yang tak biasa dengan masakan nie, first time jumpa mesti rasa, kreatifnya orang Kedah; batang pisang pun boleh jadi masakan.  Bahagian batang yang diambil adalah bahagian umbut dan rias sahaja, tidaklah keseluruhan batang pisang tu ditarahnya jadi gulai.

·         Ia lebih sedap jika menggunakan daging bertulang lembu atau kambing.
  • 1kg daging lembu
  • 1 pokok umbut pisang
  • asam jawa
  • garam
  • 1 cawan serbuk kari daging
  • 1 cawan kerisik
  • 2 tangkai daun kari
  • air
  • santan dari sebiji kelapa – asing bahagian santan pekat dan santan cair
  • minyak untuk menumis.
Bahan tumis
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 ulas bawang merah dimayang
  • 4 ulas bawang putih dimayang
  • 1 inci halia potong halus
Cara Penyediaan
  1. Tumis bahan tumisan. Masukkan daun kari.
2.    Bancuh serbuk kari dan kerisik dengan air. Bila bahan tumisan dah terbit bau, masukkan campuran serbuk kari dan kerisik.
  1. Masak sampai pecah minyak. Masukkan daging dan santan cair.
  2. Bila daging betul-betul masak dan lembut, masukkan santan pekat, batang pisang, garam dan air asam jawa.
  3. Masak lebih kurang 10 minit sehingga umbut pisang dah lembut.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh