Posts

Telur dadar sayuran

Orang kata kalau dah lapar, goreng telur pun sodap.....  Pak lang (AF9) tu pandai goreng telur tak????.  Ish! tetiba.... jerkan.  Lepas nie, sibuk nak ke dapur pun tak sempat, makan on the go ajelah.  Dah! dah! sebenarnya idea dah tepu sebab saya ada class kul 5.00 petang karang (hwem! ada lagi 28 minit to go....).  Kay... pada yang tak tahu nak masak apa cubalah resepi nie.... Telur Dadar Sayuran BAHAN-BAHAN: 3 biji telur ayam Kubis (hiris) Lobak merah (hiris) Daun bawang (hiris) 1 tangkai cili merah (hiris) Daun sup (hiris) Garam Lada sulah CARA MENYEDIAKAN: 1. Satukan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sebati. 2. Panaskan minyak dan dadarkan adunan telur. Biarkan telur separuh masak. 4. Kemudian gulungkan telur itu. Angkat dan sejukkan dan potongkan mengikut kreativiti.

Masak Lemak Rebung dan perut

Ada sesapa yang suka makan perut?  Ganas tul soalan nie.  Minggu depan salah satu menu masakan yang para pelajar saya kena masak adalah menu yang berasaskan perut.  Bukan perut sesapa tapi perut yang adoooo.....  Ish! takyah duk membayang perut-perut yang seksi-meksi atau yang gedut terlebih sudah tu.  Nie perut lembu, tak kena cara prosesnya; habis hanyirlah satu kawah masakan.  Sayapun sebenarnya tak suka memasak makanan berasaskan perut nie, sebab tak tahan dengan bau dan terasa agak geli nak memotongnya.  Tapi bab makan, laju jerrrrr.......  Ok! apapun cubalah masakan nie, yang resepinya saya perolehi dari laman web sesapa ntah. MASAK LEMAK REBUNG BERSAMA PERUT Bahan-bahannya: 1      perdu  rebung segar (dicincang halus dan direbus) 1/2   kilo     perut lembu (dihiris nipis dan 3 inci panjang-direbus hingga masak) santan dari 1 biji kelapa asam keping garam secukupnya sedikit gula Bahan untuk diblend : 5        ulas  bawang merah 3        ulas  bawang putih 9    

Black Forest Cake

Image
  Ini adalah kek pertama yang dibuat oleh mama semasa saya kecil dulu.  Habil saya kerjakan.  Rasanya lazat, kerana ada kesinambungan rasa antara sponge cake dan dark pitted cherries; yang kemudiannya disaluti pula dgn cream yang sememangnya marvellous. Sponge cake- Bahan: 1     kg      Sponge  mix flour (boleh diperolehi di kedai2 pastry) 1     kg      Eggs 250 gm     Water 250 gm     Corn oil Cara membuatnya: Campurkan kesumua bahan kecuali corn oil ke dalam bekas pemutar dan putar adunan dengan kelajuan tinggi menggunakan whisk. Bila adunan mengembang 3 kali ganda, barulah dimasukkan dengan corn oil. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan pembakar, anggaran 1/2 bekas penuh. Bakar pada suhu 180 0 c selama 45 minit. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan terus keluarkan kek dari acuannya. Biar sejuk seketika sebelum menghias. Bahan untuk menghias: 1    biji      Sponge cake Dark pitted cherries Maraschino cherries Parutan coklat m

Sambal Tumis Udang

Image
   Bahan: 1    Kg        Udang (sederhana besar) 5    Biji        Cili merah 2    Cm        Halia Cuka dan gula secukup rasa 1    Camt.     Tepung jagung 1    Tangkai   Daun sup 1    Tangkai   Daun bawang 2    Ulas        Bawang putih 2    Cawan    Sos tomato 1/2 Cawan   Air 1/4 Cawan    Minyak Masak Garam dan lada hitam 5    Cm        Belacan Sedikit air asam jawa Cara menyediakannya: Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan cili merah yang telah dikisar serta udang. Campurkan bahan perasa selebihnya. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih. setelah hampir masak, masukkan daun bawang dan daun sup. Angkat dan hidangkan.  Sambal Udang

Sago Mangga Bersantan

Image
Saya suka dessert melayu yang telah dimodenkan nie.  Sebabnya ia tak nampak seperti "makanan dulu-dulu".  Kelihatannya seperti sejenis dessert yang baru dicipta.  Padahal idea membuatnya berasaskan kuih sago sebenarnya.  Amacam? cam boleh layan tak? Seperti yang dapat dilihat, dilapisan bawah adalah sago yang telah dimasak dan diadunkan bersama sedikit pewarna hijau (atau kalau dah malas sesangat beli atau masak aje guna sago hijau) dan sedikit santan ( nie pun boleh ditukarkan dengan fresh milk) untuk menampakkan kelainan dan attraction untuk kita ngap dessert nie. sementara di atasnya pula adalah buah mangga (kalau dapat guna mangga harumanis lagi sodap) yang di kisar halus dan mangga yang dipotong dadu.  Supaya time kita makan tu, akan terasa kenikmatannya. Okay, tanpa mahu membuang masa (saya tengah bergelut menyiapkan study saya sebenarnya).  saya kongsikan bersama anda semua cara membuatnya. Bahan-bahannya - 3/4 cawan  sago (atau sago hijau) 1    ca

Ubi rebus bersama gula merah dan kelapa parut

Image
Dalam mood time limited.  Everything to be done in a short time given.  Ya! Allah, sampai hanguslah ikan yang saya goreng hari nie dikerjakan.  Kejar masa sangat.... nielah akibatnya.  Saya memang kesuntukkan masa, banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang suntuk ini.  Salah satu pendorong utamanya, suami yang kesakitan (kesan dari aktiviti lasaknya).  Whatever, tetiba terlintas menu paling mudah nie.  Kebetullan ubi kayu nie saya perolehi dari sahabat suami yang datang berkunjung ke rumah.  Sebab dia tahu saya sangat sukakan ubi kayu, terus dibawanya satu guni gitu...... special dari Johor.  Cam perli lak.  Apa lagi saya yang amat mengidamkan ubi kayu terus mengerjakannya dalam masa yang suntuk ini. Apa yang saya buat, bersihkan ubi kayu dengan cara membuang kulitnya dan membasuh bersih.  Kemudian. potong menjadi kiub kecil, sebahagiannya saya goreng dan selebihnya saya rebus.  Yang telah siap bergoreng boleh terus ngap.  Manakala yang berebus perlu disedi

Pudding Pandan Layer Cake

Image
Saya memang suka menggoda.  Suka bagi orang tak dapat tidur malam, paling penting tidur malam termimpi-mimpi.  Tapi bukan mimpi atau tergodakan saya.  Angau separuh jiwa pada masakan saya.....  Ha..ha.. ha... bagi statement haru-biru sikit. Kek yang saya nak tunjukkan hari nie, renyah sikit cara pembuatanya.  Sebabnya kena siapkan sponge cakenya dulu, kena buatkan kastard dia dulu, pastu kena lapis-lapiskan.  Bukan itu saja sebelum jadi end product, kena dulu kita sejukkankan dia.  Tak nak buang masa, mari kita belajar cara pembuatannya. Bahan-bahan untuk Pandan Chiffon Cake - 4     biji  Telur 125 gm  Gula kastor 25   gm  Ovallete 150 gm  Soft flour             ) 15   gm  Tepung jagung     )  ayak kesemuanya 1/2  tsp. Baking powder    ) 75   gm  Juice pandan/ perasa 50   gm  margarine (yang telahpun dicairkan dan disejukkan pada suhu bilik) Cara untuk mmebuat Pandan Chiffon Cake - 1.  Masukkan kesemua bahan kecuali margarine.  Putar dengan kelajua