Posts

Showing posts from 2012

Assorted Fruits with Sauce and Almond Nib

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, Keterujaan untuk berkongsi menu masakan sentiasa ada tapi masa sering mencemburui kita.  Setiap hari terdetik bila nak share resepi-resepi nie; tapi itulah..... bila menjadi seorang yang berkerjaya.  Kerja perlu diutamakan.  Itu amanah namanya, amanah yang diberi perlu dijaga kerana itu yang akan menentukan berkat atau tidaknya rezeki kita nanti. Untuk pagi yang indah ini saya ingin berkongsi dengan anda semua resepi Assorted Fruits with sauce and almond nibs. Bahan: Berbagai jenis buah mengikut kesukaan anda. Buah yang saya gunakan strawberri, anggur hijau dan anggur merah, pineaaple cube (dlm. tin), rambutan (dlm tin), longan (dlm tin). 2 bekas@ 250 gm Yougurt sebarang perisa 200gm Cream Cheese  Mangga (sebagai hiasan) Daun pudina (sebagai hiasan) 50 gm Gula castor 100 gm Almond nibs Cara membuatnya: 1.  Cuci bersih buah-buahan kegemaran anda.  Satukan di dalam satu bekas. ...

Gulai Ketam Nenas

Image
Hellowww.....lama betul tak berceloteh kat sini. Topik cerita saya hari nie berkatain dengan ketam.   Sapa suka gulai ketam?  sapa tak suka gulai ketam?   Sila angkat punggung.... Hem... walau tak nampak tapi saya dah boleh agak.  Mesti ramai yang suk makan ketam kan?. Masakan nie, semacam suatu nostalgia buat saya.  Bila saya teringin nak makan gulai ketam, kenangan atau ingatan saya akan mengimbau kepada mama, papa, nenek di kampung (sebelah papa) dan arwah tok (sebelah mama).  Sebab apa? Sebab masakan ini bila dimasak oleh insan2 yang tersebut di atas.  Hem.... memang sangat sedapppp..... Bila dah agak berumur (baru sedar diri) saya mencuba mencabar diri saya untuk cuba menghasilkan gulai ketam seperti mana yang mama, papa, nenek dan arwah tok masak.  Bermulalah cabaran dengan suatu petang yang indah permai saya ke pasar malam di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Wo..wo... nasib saya tak tamak....

Puding Laici

Image
Hati tengah gundah gulana.... Status diri yang saya sendiri tak tahu posisinya bagaimana.... fening! memang amat fening..... Sayayang rasanya nak meninggalkannya.  Bukan kehendak diri tapi kehendak mereka yang tidak memahami..  Apakah??? Biarlah menjadi rahsia pada diri saya..... Kay, kalau tadi menjadi rahsia, yang nie saya tak nak simpan sorang.  Tak baik... nanti kalau ada yang teringin, pintu rumah saya pulak yang menjadi mangsa.  Lets we share it. Puding Laici: 1 paket agar-agar 1 lt        Susu segar 2 tin      Laici Gula ikut sesuka ati Hiasan (apa je boleh bantai, jangan letak bantal buat hiasan udahlah) Cara membuatnya: 1.  Agar-agar dilarutkan ke dalam air dan dimasak sehingga agar-agar menjadi larut bersama air. 2.  Masukkan gula dan bairkan gula larut dan sebati di dalam air. 3.  Laici diblend halus dan dimasukkan ke dalam adunan agar-aga...

Mee tomyam seafood (2)

Image
Teringat masa kecil, time duduk kat Sabah inilah makanan fabaret kita orang.  Urmmm..... sedap sangat hinggakan berulang-ulang makanlah dibuatnya.  Tak tahu penuh-penuh pulak perut time tu, heran betul.  Inilah agaknya yang dikatakan air tangan ibu.  Masak apapun sedap.  Terima kasih buat mama yang telah bersusah payah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Well, jangan buang masa lagi hari nie saya nak share dengan anda semua resepi Tomyam Thai.  Bahan-bahan bagi Perencah Tom yam- 5 ulas          bawang merah 2 biji           cili merah 5 biji           cili kering 1 inci          lengkuas 2 batang     serai 1 camb.      udaang kering 3 helai      ...