Posts

Showing posts from April, 2025

Jalebi

Image
  Jalebi merupakan antara kuih wajib yang akan dihidangkan ketika musim perayaan masyarakat India, selain dari muruku dan laddu.  Bentuk Jalaebi sama seperti muruku dan membezakannya Jalebi merupakan sejenis kuih yang manis. Jalebi berbentuk seperti muruku tetapi bersaiz lebih kecil, berwarna kuning keemasan dan bertekstur kenyal dan mempunyai rasa yang agak manis.  Jalebi digoreng dalam bentuk muruku atau pretzel bulat dan kemudiannya akan direndam sebentar di dalam air gula saffron dan kemudiannya dikeringkaan. Bahan-bahan untuk doh- 1 cawan tepung serbaguna/ tepung gandum 2 - 3 sudu besar tepung jagung 1/2 cawan air 1/4 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning secubit garam 1/2 cawan dadih/ yogurt 1/2 sudu teh baking soda 1 sudu besar minyak sapi (dicairkan) minyak untuk menggoreng Bahan untuk sirap gula- 1 cawan gula 1 sudu teh jus lemon 1 cubit safrron 1/2 cawan air/ air mawar 2-3 biji buah pelaga Cara memasak- 1. Campurkan tepung, serbuk penaik, minyak sapi, air, serbu...

Tangyuan

Image
Masakan bagi menu Tangyuan ini merupakan sejenis masakan makanan tradisi bagi masyarakat Cina yang diperbuat daripada tepung pulut.  Secara tradisinya, tangyuan ini dimakan ketika musim perayaan sambutan Yuanxiao atau lebih dikenali sebagai Chap Goh Meh.   Mengikut cerita sejarah, Tangyuan ini mempunyai beberapa nama yang digunapakai bagi merujuk kepada Tangyuan.  Antaranya ia dikenali sebagai "Yuanxiao" (merujuk kepada perayaan Chap Goh Meh); digunapakai di bahagian China Utara semasa era pemerintahan Dinasti Ming, Maharaja Yongle.  "Yuanxiao" ini secara amnya membawa maksud "Selamat malam pertama", berdasarkan kepada "bulan purnama" pertama selepas "Tahun Baru Cina". Di China Selatan, Tangyuan ini dikenali sebagai "Tangtuan".  Mengikut kisah lama semasa pemerintahan Yuan Shikai (1912 - 1916), penduduk setempat tidak menyukai nama "Yuanxiao" kerana ia disebut sebagai "Yuan" atau "mengeluarkan yuan...