Posts

Showing posts from May, 2025

Kway teow sup bersama bebola ikan

Image
  Kuey Teow Sup Fishball Bahan-bahan yang diperlukan adalah: 1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang atau kaki. (rebus dan carik halus isi ayam) 1 pek kuewtiau (dicelur sekejap dan toskan) 1 pek kecil fishball (dibelah dua). 1 pek kecil fishcake (dihiris nipis) 1 kiub pati ayam 2 ulas bawang putih (cincang halus) 2 biji bawang merah (dihiris halus) Bahan hiasan- 1 ikat sawi (dicelur) 1 paket fish cake (digoreng dan dihiris nipis) 100gm tauge (dicelur) sedikit daun sup bawang goreng Cara untuk membuatnya: 1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan. 2. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campurkan fishball dan fishcake kedalamnya. 3.Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayami. Kacau dan tutup api. Siap. 4. Makan atau hidangkan dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Bahan untuk minyak bawang putih- 10 ulas atau lebih bawang putih (cincang halus) minyak masak secukupnya Cara untuk membuat Minyak bawan...

Mee goreng mamak

Image
Mee goreng mamak- Hidangan masakan ini amat terkenal bgi masyarakat sebelah utara semenanjung terutamanya Pulau Pinang dan Kedah.  Keenakkan dan keunikkan rasa mee goreng mamak memang tiada taranya kerana cara memasaknya yang unik dengan campuran berbagai bahan dan sos buatan yang tersendiri. Antara bahan utama yang diperlukan bagi memasak mee mamak ini adalah mee kuning, telur, tauge, sawi, kucai, kentang, limau nipis dan cili kisar.  Bahan tambahan yang sering dimasukkan ke dalam hidangan mee mamak ini termasuklah kicap manis, kicap pekat, serbuk kari dan bahan perasa seperti garam dan gula. Bahan-bahan- 1/2 biji bawang besar (hiris nipis) 3 ulas bawang putih (hiris nipis) 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar serbuk kari daging 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap pekat 1 batang lobak merah (dihiris nipis dan bulat) 1/2 cawan air 1 bungkus mee kuning 2 biji telur ayam 1 biji tomato (dipotong 4) 1 cawan tauge 1/2 cawan air r...

Karipap ubi kentang

Image
  Bahan Kulit karipap: 2 cawan  tepung gandum 3 camb.  marjerin (dicairkan) 5 camb   minyak masak (dipanaskan sekejap) Sedikit air dan garam Bahan inti: 300 gm isi ayam (dipotong dadu kecil) 1 biji bawang holland (dipotong dadu kecil) 6-7 biji ubi kentang (dipotong dadu kecil) 3 ulas bawang putih (dicincang halus) 2 tangkai daun kari 3-4 sudu besar serbuk kari ayam/ daging (dibancuh dgn sedikit air) 1-2 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 kiub pati ayam 1-2 sudu besar gula garam secukup rasa daun sup Cara membuat kulit karipap: 1.  Masukkan tepung gandum, tuangkan sedikit demi sedikit minyak masak, gaul sebati. 2.  Masukkan mentega yg telah dicairkan kedalam adunan tepung, uli sebati. 3.  Tambahkan sedikit air, uli hingga doh tidak melekat ditapak tangan. Cara membuat inti karipap: 4.  Untuk inti, masukkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana panas. 5.  Inti dimasak sehingga kuahnya kering sedikit.  K...