Mee goreng mamak
Mee goreng mamak-
Hidangan masakan ini amat terkenal bgi masyarakat sebelah utara semenanjung terutamanya Pulau Pinang dan Kedah. Keenakkan dan keunikkan rasa mee goreng mamak memang tiada taranya kerana cara memasaknya yang unik dengan campuran berbagai bahan dan sos buatan yang tersendiri.
Antara bahan utama yang diperlukan bagi memasak mee mamak ini adalah mee kuning, telur, tauge, sawi, kucai, kentang, limau nipis dan cili kisar. Bahan tambahan yang sering dimasukkan ke dalam hidangan mee mamak ini termasuklah kicap manis, kicap pekat, serbuk kari dan bahan perasa seperti garam dan gula.
Bahan-bahan-
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 batang lobak merah (dihiris nipis dan bulat)
1/2 cawan air
1 bungkus mee kuning
2 biji telur ayam
1 biji tomato (dipotong 4)
1 cawan tauge
1/2 cawan air rebusan daging
1 ikat sayur sawi
1 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit serbuk perasa ayam
Bahan untuk dikisar-
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5-7 tangkai cili kering (atau digantikan dengan 2 sudu besar cili kisar)
1 sudu besar udang geragau (atau boleh digantikan dengan udang kering)
sedikit air untuk mengisar bahan
Bahan untuk kacang goreng-
2 sudu besar kacang
2 sudu besar minyak masak
(kacang tanah digoreng dan dikisar kasar)
Bahan Hiasan-
2 biji ubi kentang ( dipotong kasar dan digoreng sekejap)
2 biji tauhu (digoreng)
3 ketul cucur kembong atau cucur udang (dipotong kasar)
3 biji limau nipis
sedikit daun sup daun daun bawang
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
sedikit bawang goreng
Bahan Tambahan pilihan-
300gm daging (direbus dan dihiris halus)
300gm isi ayam (digoreng dan dicincang halus)
sotong
udang
Cara memasak-
1. Hiris nipis bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, Tumis hingga pecah minyak dan kemudian masukkan serbuk kari, sos cili dan
sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap, kacau rata adunan. Masukkan lobak merah yang telah dihiris nipis dan tambahkan
air.
4. Perasakan bahan yang dimasak dan kemudian masukkan mee kuning (yang telah dicuci atau
dilalukan air); kacau adunan sebati.
5. Buatkan lubang ditengah adunan yang dimasak, dan pecahkan 2 biji telur. Biarkan seketika dan
gaulkan sebati mee dengan bahan-bahan lain.
6. Masukkan bahan seperti, daging (yang telah direbus dan dihiris nipis), ayam (yang telah digoreng
terlebih dahulu dan dicincang halus) atau pun sotong dan udang.
7. Masukkan sayur sawi, lada sulah dan gaul sebati.
8. Bila mee telah masak, masukkan tomato, kacang tanah dan taburkan tauge. Gaul sebati.
9. Hias mee dengan hirisan cili, kacang tanah, daun sup dan daun bawang, serta hirisan limau nipis.
Resepi bagi membuat pes mee goreng mamak-
Bahan-bahan-
1 kg kacang dhal
1/2 kg kacang tanah
100gm cili kering
100gm udang geragau (atau udang kering)
Cara memasak pes mee goreng mamak-
1. Goreng semua bahan dalam minyak yang banyak.
2. Kisar semua bahan yang telah digoreng.
3. Tumis bahan yang dikisar hingga naik minyak.
4. Tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukupnya.
Resepi cucur ranggup kosong -
Bahan-bahan-
1 cawan tepung gandum (100gm)
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kelapa parut (gunakan yang kering)
1 sudu kecil yis segera (mauripan- 11 gm atau 1/2 paket)
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil gula pasir (dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan guna air panas)
3/4 sudu kecil garam
Cara memasaknya-
1. Campurkan semua jenis tepung berserta baking powder dan baking soda serta garam. Sebatikan.
2. Larutkan yis bersama gula selama 10 minit atau sehingga yis naik dalam bekas yang berasingan.
3. Masukkan yis kedalam adunan tepung. Sebatikan.
4. Tutup bekas adunan. Biarkan selama 1 jam.
5. Adunan akan naik dua kali ganda dari asal. Sebatikan. Dan masukkan kelapa kering dan gaul rata
semua adunan.
6. Panaskan minyak di kuali. Pastikan minyak penuh untuk mengoreng cucur.
7. Gunakan sudip utk mengoreng cucur. Panaskan sudip ke dalam minyak 1-2 minit.
8. Ambil 2 sudu adunan cucur masukkan ke dalam sudip yang diangkat dari minyak. kemudian
masukkan semula sudip berisi adunan ke dalam minyak. Kemudian cuba renggangkan adunan dari
sudip, bagi adunan masuk ke dalam minyak panas.
9. Boleh juga di buat dengna cara menuang adunan cucur di tepi kuali. kemudian simbah-simbahkan
adunan dengan minyak panas. dan cuba leraikan bagi adunan masuk ke dalam minyak.
10. Biarkan cucur masak dan berwarna kekuningan.
Nota tambahan-
1. Selepas potong batang sayur sawi, ketuk sedikit batang sawi supaya lembut dan mudah meresap
rencah tumis ketika memasak.
2. Selain daripada merebus kentang, ubi kentang juga boleh digoreng. Namun teksturnya akan lebih
keras dan sukar untuk hancur ketika digoreng.
3. Rebus daging dalam anggaran 1 jam.
4. Tambah air rebusan daging jika mahu mee yang lebih basah dan berkuah.
5. Kalau mahulan cucur berbentuk bulat, cairkan sedikit adunan.
6. Jika inginkan cucur berbentuk silender, pekatkan sedikit adunan dengan ditambah tepung gandum.
7. Kelapa parut, perlukan gunakan yang kering. Jika tiada kelapa parut kering, isi kelapa parut digoreng
kering sebentar dengan api sederhana panas.
8. Yis yang diperap jangan dibarkan terlalu lama, nanti cucur akan menjadi masam.
Rujukan-
1. https://www.rasa.my/rasa-seperti-makan-di-kedai-sedap-betul-resepi-mee-goreng-mamak/
2. https://resepichenom.com/resepi/mee-goreng-daging-ala-mamak
3. https://www.youtube.com/watch?v=UrWGvsNBx31
4. https://www.youtube.com/watch?v=mQn3KJBObGM
5. https://www.facebook.com/61556561285840/posts/resepi-mee-goreng-mamak-sedapresepibahan-
bahan-mee-kuning-1-bungkusudang-sederha/122148593048218709/
6. https://rona.my.my/resepo/mee-goreng-mamak/
7. Adnan Bin Mat Abu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
8. https://balannambir.wordpress.com/2012/04/18/resepi-cucur-pasembur-rojak-mamak/
9. https://inur-ceritainsandiperantauan.blogsport.com/2013/06/resepi-cucur-udang-passembuq.html
10. Shahmlah JD dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Comments