Tepung gomak




Kuih tepung gomak juga dikenali sebagai Kuih Tepung Gomok, Abuk-abuk dan Kuih Buah Beluru.  Terdapat berbagai versi penyedian inti kuih ini antaranya inti yang disediakan dari kacang hijau yang bercampur dengan kelapa dan ada juga inti yang hanya menggunakan bahan utama kelapa sahaja yang dimasak bersama gula merah dan gula melaka.


Bahan untuk salutan kuih:
500 gm kacang hijau

Cara membuatnya:
1.  Basuh dan toskan kacang hijau.
2.  Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
3.  Kisar kacang sekejap untuk meleraikan kulitnya. 
4.  Keluarkan dan tampi kulit kacang, kemudian kisar kacang sehingga hancur dan menjadi tepung.
5.  Kisar kacang sehingga hancur dan menjadi tepung yg halus.
6.  Simpan di dalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan Inti:
1     biji       kelapa parut
200 gm       gula melaka (atau boleh gunakan gula merah)
1/2  cawan  gula pasir (secukup rasa)
1     camb.   tepung gandum
Secubit  garam
1 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara menyediakan inti:
1.  Masak semua bahan sehingga sebati dan airnya kering serta inti kelihatan pekat dan tidak berair.
2.  Sejukkan sebelum digunakan.

Bahan kuih tepung gomak:
500 gm  Tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara membuat kuih:
1.  Gaulkan tepung dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat dikepal.
2.  Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan, Masukkan inti dan tutup adunan semula sehingga
     rata.
3.  Masak air sehingga mendidih, masukkan kuih dan angkat bila kuih mula timbul atas air.
4.  Sejukkan dahulu sebelum kuih ini disalut rata dengan tepung kacang hijau.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh