Tuesday, April 8, 2014

Tauhu Sumbat Sambal Kacang

Tauhu Sumbat Sambal Kacang

Bahan:
4 keeping tauhu (diratakan dengan sedikit garam dan kunyit)
1 biji sengkuang    )
1 biji lobak merah )  dipotong nipis memanjang
1 biji timun            )
200gm taugeh (dicelur seketika)

Bahan sambal kacang:
150gm kacang Tanah (goreng tanpa minyak)
1 biji bawang besar    )
1 ulas bawang putih   )
3 biji cili merah          )
1/2 inci belacan (bakar seketika)  Dikisar
5 biji cili padi             )
2 camb. petis @ otak udang
2 camb. sos cili
1/4 cawan asam jawa
sedikit air, gula dan garam

Cara memasak:
1.  Tumbuk kasar kacang Tanah (setelah dibuang kulitnya).
2.  Bawang besar dan bawang putih digoreng sekejap.  Kemudian kisar dengan bahan lain bersama
     1/2 cawan air masak.
3.  Masukkan bahan kisar dan bahan selebihnya ke dalam periuk dan dimasak sehingga naik bau.
4.  Masukkan kacang secukupnya dan gaul sebati.
5.  Perasakan dengan petis, air asam jawa, sos cili, garam dan gla
6.  Tauhu pula digoreng kekuninggan, biar sejuk sebelum dibelah dua.
7.  Letakkan sayur-sayuran ditengah tauhu dan makan bersama sos kacang.


No comments: