Thursday, June 12, 2014

Sambal Terung Goreng


Sambal Terung Goreng

Bahan Sambal Belacan:
100gm bawang merah
100gm bawang putih
250gm cili merah
50gm cili padi
500gm tomato
200gm gula merah
25gm gula putih
25gm belacan

* Tumbuk kesemua bahan ini sehingga lumat dan ketepikan.

Bahan Menggoreng:
2 biji terung
1 senduk kuah sup ekor atau 1 camb. serbuk perasa chicken stock
2 camb sambal belacan
1 helai daun limau purut
2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1 biji bawang merah (ditumbuk kasar)

Cara membuatnya:
1.  Goreng terung yang telah dipotong kecil-kecil dan ketepikan.
2.  Tumis kesemua bahan biar seketika sehingga naik bau, kemudian masukkan terung yang telah digoreng tadi.
3.  Biar seketika sehingga semua adunan sebati baru dihidangkan.

Udang Masak Lemak


Udang Masak Lemak Nanas

Bahan:
1 kgUdang sederhana besar
1/2 biji nenas
1 batang serai (diketuk)
10 biji bawang merah (dicincang)
10 biji cili merah (dihiris halus)
60gm pes cili kering
50gm kuniy (ditumbuk)
3 helai daun limau purut
1 biji kelapa (diambil santannya)
Sedikit garam

Cara memasaknya:
1.  Panaskan minyak dalam kuali dan tumis serai, bawang, cli merah, pes cili dan kunyit.
2.  Setelah naik bau, masukkan santan, udang dan nanas yang telah siap dihiris nipis.
3.  Kacau sehingga mendidih dan masukkan daun limau purut untuk menaikkan baunya.
4.  Kacau rata sehingga sebati dan kuah agak pekat sedikit.  Hidangkan.

Ikan Masak Acar


Ikan Masak Acar

Bahan:
2 keping ikan tenggiri
200gm bawang merah (dibelah2)
200gm bawang putih (dibelah 2)
100gm halia (dimayang halus)
1 bji timun (dipotong memanjang 4/6 bahagian)
1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
20gm Kunyit serbuk
30gm cili hijau
30gm cili merah
20gm biji sawi
50gm cuka
200gm minyak masak
10gm garam
50gm gula

Cara memasaknya:
1.  Ikan tenggiri dibersihkan dan digoreng sehingga garing.
2.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah, lobak merah, bawang putih dan halia.
3.  Masukkan cuka dan air secukupnya
4.  Masak sehingga mendidih barulah dimasukkan ikan, biji sawi, timun, cili hijau dan cili merah.


Urap


Urap

Bahan:
1/2 biji kelapa parut
30gm udang kering
3 ulas bawang kecil
1 camb. cili kering kisar
1 biji limau nipis
garam secukup rasa
Ulam-ulam yang digemari (pegaga, daun selom, kacang botol dan dll.)

Cara membuatnya:
1.  Tumbuk bawang kecil, udang kering dan garam.
2.  Gaul bahan tumbukan tadi bersama cili dan kelapa.
3.  Jerang sekejap atas api.  Angkat dan gaulkan dengan ulaman yang disukai.

Pengat keledek

Pengat keledek

Bahan:
1 biji keledek (sederhana besar)
1 keeping gula Melaka
2 camb. gula perang
4 cwn santan
2 camb. sagu mata ikan
3 helai daun pandan

Cara memasaknya-
1.  Keledek dikupas kulitnya dan dipotong dadu.
2.  Basuh dan rebus keledek sehingga separa empuk, tuskan airnya.
3.  Masukkan semua bahan lain kecuali keledek dan sagu, masak sehingga mendidih dan kemudian baru dimasukkansagu.
4.  Masak lagi sehingga sagu menjadi jernih barulah dimasukkan keledek, biar sebentar sebelum ditutup apinya.

Wednesday, June 11, 2014

Bingka Pandan-bahulu kemboja-Penganan-kuih bakar bijan

Kuih Bingka Pandan



Bahan:
2 cawan tepung gandum (diayak)
5 biji telur ayam (gred A)
600 ml santan (kalau guna santan kotak = 200ml santan kotak + 400ml air)
250 ml jus pandan (daun pandan dikisar bersama sedikit air)
2 camb. mentega, cair dan sejukkan
1/2 camt. garam
1/4 camt. pewarna hijau makanan
Bijan secukupnya

Cara membuatnya:
1.  Lapik bekas acuan dengan aluminium foil (lebihkan bahagian tepinya supaya mudah untuk mengangkat keluar adunan), Sapukan mentega dipermukaan dalam acuan tadi.
2.  Masukkan semua bahan lain, kacau sebati, Campurkan garam dan mentega cair, Kacau rata dan tapis adunan tadi.
3.  Panaskan oven danmasukkan acuan ke dalam oven, bila acuan telah panas keluarkan dan tuangkan adunan ke dalam acuan tadi.
4.  Bakas dalam10 - 15 minit keluarkan dan tabor bijan di atas permukaan adunan dan kemudian bakas semula adunan.
5.  Bakar sehingga 40 - 50 minit atau sehingga masak dan permukaan kuih perang. 
6.  Keluarkan dari oven, sejukkan dahulu sebelum dipotong.