Monday, June 23, 2014

Ikan Siakap Lada Hitam

Salah satu masakan yang layan abis especially time lapar dan diluar hujan mencurah turun....
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
10 helai daun kari
50 gm marjerin
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 tin susu cair
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ikan siakap dan go­reng di dalam minyak penuh sehingga garing dan ketepikan.
2. Masukkan margerin ke dalam kuali dan cairkan.
3. Masukkan daun kari serta semua bahan (kecuali susu) dan tumis sehingga naik bau.
4. Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih dan suaikan rasa. Tuang sos ke atas ikan.

Ikan Bakar Daun Kunyit


Derrr... tunggu apa lagi jom kita try masakan nie.

BAHAN PERAP:
3 sudu pes tomyam
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
3 cm halia (tumbuk)
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 tangkai daun ketumbar (hiris halus)
2 helai daun limau purut
 BAHAN B:
1 helai daun kunyit
1 ekor ikan kerapu

 CARA MENYEDIAKAN:
1. Perapkan ikan kerapu dengan bahan perap selama setengah jam.
2. Balut dengan daun kunyit.
3. Bakar hingga masak.
4. Hidangkan bersama air asam dan sambal kicap.

Chinese Szechuan Hot and Sour Seafood Soup

Chinese Szechuan Hot and Sour Seafood Soup

Bahan A (dipotong kecil):
100gm Udang harimau
100gm ikan merah (dipotong fillet)
100gm sotong putih
50gm kobis szechuan
50 gm cendawan hitam
50gm rebung
50gm halia
50gm tauhu lembut

Bahan B:
1 biji telur (diambil putihnya)
2 liter stok ayam
100gm garam
100gm lada sulah
100gm cuka hitam
50gm minyak bijan
50gm minyak cili
100gm pes kacang
Sedikit tepung jagung

Cara memasaknya:
  • Celurkan seketika semua makanan laut dan sayur.
  • Tumis pes kacang sehingga naik bau, masukkan stok ayam, garam dan serbuk lada sulah.
  • Masukkan cuka hitam.
  • Masukkan semua bahan yang telah dicelur bersama tauhu lembut.
  • Masukkan tepung jagung (yg telah dicampurkan dgn air) kedalam masakan.
  • Tambah putih telur, kacau sebati.
  • Tambah minyak bijan dan minyak cili setelah api masakan ditutup.

Sunday, June 22, 2014

Masak Lemak Pisang Muda


Masak Lemak Pisang Muda

Bahan:
1 biji kelapa (diambil santan)
1 sisir pisang rastali muda (dipotong serong setebal 3cm)
10gm cili padi
5cm kunyit hidup
2 biji bawang besar
20gm ikan bilis
1/2 cawan minyak masak (untuk menumis)
Garam secukup rasa
Cili merah untuk hiasan

Cara membuatnya:
1.  Kisar cili padi, kunyit, bawang besar dan tumis kesemuanya sehingga naik bau.
2.  Masukkan ikan bilis, tumis sekejap, kemudian masukkan santan pekat dan pisang, biarkan mendidih.
3.  Masukkan perasa dan hias dengan cili merah.