Thursday, July 3, 2014

Wadai Kepeng

Wadai kepeng (Dessert)



Bahan:
1    paket tepung pulut
2/3 cawan santan
6    cawan air
2    keping gula Melaka
4    keping gula pasir
3    helai daun pandan

Cara membuatnya:
1.  Bancuh tepung pulut dengan air dan sedikit garam.
2.  Gentelkan aduna dalam bentuk bulat-bulat kecil dan leper.
3.  Masukkan air dalam periuk, campurkan gula Melaka, gula pasir dan daun pandan.
4.  Masak sehingga gula hancur.
5.  Setelah mendidih, masukkan santan dan kacau sebati.
6.  Masukkan adunan yang telah digentelkan sebentar tadi, bila timbul bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Nasi Briyani Ayam


Nasi Briyani Ayam




Bahan untuk nasi:
500gm beras Basmathi (direndam 40 minit atau sejam)
400ml stok ayam
200ml susu sejat
1/2 ekor ayam (dibersihkan)
2 camb. rempah biryani
garam dan serbuk perasa secukupnya
2 biji tomato (dicincang halus)
2 camb. air panas
 1/2 cwn. kismis campuran
1/2 cawan badam (dipanggang)

Bahan tumis:
5 biji bunga cengkih
6 biji buah pelage
4 biji bunga lawing
2 batang kulit kayu manis
2 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
4 cm halia (dimayang)
2 batang serai (dititik)

Bahan perapan ayam:
1 cwn. bawang goring
1/2 cawan dadih asli
1/2 biji lemon (diambil kulit dan jusnya)
sedikit daun ketumbar
Segenggam daun pudina
bawang putih (ambil sedikit dari bahan tumis)
Halia (ambil sedikit dari bahan tumis)
sedikit lada hitam

Cara memasak ayam:
1.  Masukkan semua bahan perapan ayam ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
2.  Panaskan minyak sapi dalam kuali.
3.  Ratakan ayam dengan garam dan lada hitam.
4.  Layurkan ayam di atas kuali hingga kuning keemasan tetapi hanya 3 suku masak sahaja.
5.  Alihkan ayam ke dalam pinggan.

Cara memasak nasi:
1.  Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis rempah 4 sekawan hingga Wangi dan masukkan bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia.
2.  Biar bawang kekuniggan, masukkan badam dan tomato.
3.  Masukkan beras dan kacau rata, tuangkan air rebusan dan susu.  Tambahkan garam.
4.  Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga nasi menyerap air dan separa kering.
5.  Susunkan ayam di atas nasi, taburkan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goring.
6.  Tutupkan tudung periuk.
7.  Masak selama 25 minit lagi.
8.  Apabila nasi telah masak, hidangkan bersama lauk ayam dan sajian sampingan yang lain sepeerti jelatah dan sayur goreng buncis.


Ayam Masak Kicap Berempah

Ayam Masak Kicap Berempah



Bahan:
1 ekor       Ayam (dipotong kecil dan digoreng separuh masak)
7 biji cili merah           )
10 bji cili kering          )  Dikisar
15 biji bawang merah  )
5 las bawang putih      )
1 inci halia                  )
2 ulas bawang besar (dipotong bulat-sebagai hiasan)
30 gm     Kacang peas
2 camb.  Sos tomato
3 camb.  Sos cili
3 camb.  Kicap pekat/manis
1 camt.   Serbuk jintan manis
1 camt.   Serbuk jintan putih
2 camb.  Serbuk lada hitam
400ml    Santan
1/2 cawan minyak masak

Cara memasak:
1.  Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sampai pecah minyak.
2.  Masukkan ayam, dan semua bahan yang lainnya.  Biarkan mendidih selama 10 minit dengan api sederhana.
3.  Akhir sekali masukkan kacang peas, bawang besar dan cili merah.
4.  Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, July 2, 2014

Stir Fried Tang Hoon with Mushroom and Celery

Stir Fried Tang Hoon with Mushroom and Celery


Bahan:
1 tin cendawan butang
50gm daun celery
100gm tang hoon (suhuun)
1 camb. sos tiram
3/4 camt. gula
2 camt. kicap soya cair
sedikit lada putih
150ml air
2 camb. minyak jagung
2 ulas bawang putih (potong lumat)
sedikit garam, minyak bijan
100gm udang sederhana besar

Cara membuatnya:
1.  Potong daun celery dan cendawang butang.
2.  Rendamkan suhuun sehingga lembut, sejatkan.
3.  Panaskan bahan tumisan, sehingga naik bau dan kemudian sayuran dan bahan perasa.
4.  Masukkan udang dan suhuun gaul masak sebati bersama bahan lain.

Cantonese Beef Kueteow

Cantonese Beef Kueteow


Bahan:
1 paket kueteow

Bahan A:
100gm daging lembu (potong nipis)
100gm sotong putih
100gm bebola ikan
100gm kek ikan
4 ulas bawang putih
300gm udang sederhana (dikupas kulit)

Bahan B:
2 cawan air
4 camb. sos tiram
4 camb. kicap cair
3camb. tepung jagung (bancuh dgn air)
3 biji telur

Hiasan:
Daun bawang
Cili merah (hiris nipis)

Cara membuatnya:
1.  Kueteow digoreng dengan sedikit minyak bijan sehingga masak dan diasingkan ke dalam bekas.
2.  Tumis bahan A sehingga masak dan masukkan air sehingga mendidih atau daging empuk.
3.  Masukkan bahan B.  Biar sehingga mendidih, masukkan tepung jagung dan biar kuah pekat.
4.  Pecahkan telur dan kacau sebati.
5.  Tuangkan kuah ke atas kueteow dan hiaskan dengan bahan hiasan.

Wok-Fried Chicken With Black Peper

Wok-Fried Chicken with Black Pepper

Bahan:
300gm isi ayam (dipotong kiub)
10gm garam
10gm serbuk lada sulah
20gm tepung jagung
50gm bawang putih (dicincang halus)
50gm lada benggala hijau, kuning dan merah (dipotong kiub)
80gm bawang kecil (dipotong kiub)
50gm mentega
20gm lada hitam (ditumnuk)
30gm gula
15gm sos tiram
15gm kicap
10gm kicap pekat
100gm stok ayam
50gm tepung jagung

Cara memasaknya:
1.  Perap ayam bersama garam, lada sulah dan tepung jagung.
2.  Goreng ayam sekejap kemudian angkat.
3.  Dengan minyak yg sama, gorengkan lada benggala dan bawang kecil.
4.  Panaskan mentega dan tumis lada hitam, masukkan bahan perasa.
5.  Perlahankan api, masukkan ayam serta sayuran, tambahkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.



Daging Batang Pinang Bersos Lada Hitam

Daging Batang Pinang Bersos Lada HItam



Bahan:
500gm daging batang pinang
50gm bawang putih (dihiris nipis)
100gm bawang besar (dipotong dadu)
50gm daun kucai (dihiris halus)
1 camb.lada hitam dikisar
125ml air
1 camb. minyak masak
1/4 camt. kicap pekat
1/2 camb. kicap cair
1/4 camb. gula

Bahan perasa:
1 camb. sos tiram
1 camb. sos Lea & Perrins
1 camb. sos tomato
1 camb. kicap
2 camb. air panas

Cara membuatnya:
1.  Bersihkan daging dan potong menjadi kiub kecil.
2.  Perap daging dengan kicap pekat, kicap cair, gula, air dan minyak masak.
3.  Simpan dalam tempat dingin.
4.  Campurkan semua bahan perasa dengan air panas dan gaul sehingga sebati.
5.  Panaskan kuali dengan 1 camb. mentega, kemudian masukkan daging dan goreng sehingga daging bertukar warna.
6.  Tambahkan serbuk lada hitam dan bahan selebihnya.


Udang Be Fong Tong Style

Udang Be Fong Tong Style

  
Bahan:
900 gm udang (dibuang kulit)
100gm bawang putih (dicincang halus)
100gm bawang merah (dicincang halus)
10gm cili kering (dipotong kasar)
10gm daun bawang (dipotong kasar)

Bahan perasa:
1 camt serbuk perasa ayam
1 camt. gula
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada sulah

Cara memasaknya:
1.  Bersihkan udang dan toskan.
2.  Goreng udang hingga kekuninggan dan ketepikan.
3.  Goreng bawang putih dan bawang merah hingga garing serta naik bau, tus dan ketepikan.
4.  Goreng tanpa minyak cili kering, kemudian masukkan bahan-bahan yg lain, kacau sebati, perasakan.
5.  Tutup api dan masukkan daun bawang dan ratakan dgn. bahan masakan yang lain.

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...