Posts

Puding Kastard Fruit Coktail

Image
  Bahan utk sos kastard: 400ml susu sejat ideal 200ml air 200gm gula 1 biji telur 1 camt. esen vanila 2 camb. tepung kastard 1 tin fruit coktail (asingkan sirapnya) Cara memasaknya: Satukan semua bahan sos kecuali fruit coktail, masak atas api perlahan hingga gula larut dan adunan menjadi sedikit pekat.  Angkat dan sejukkan.  Bahan utk. puding kastard: 140gm tepung kastard (1 cwn) 1/2 camt. garam 12000ml air 2camb gula 1/2 tin susu pekat manis Cara memasaknya: 1.  Campurkan semua bahan, masak atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. 2.  Masukkan adunan kastard ke dalam acuan yg telah dibasahkan terlebih dahulu (utk memudahkan puding dikeluarkan nanti). 3.  Hentak sedikit acuan utk menyamaratakan puding dan sejukkan. 4.  Hidang puding bersama sos kastard dan dihias dgn fruit coktail.  Selamat mencuba....

Sambal tumis Cili Hijau Kelabit

Image
Bahan: 8 biji cili hijau 20 biji cili padi hijau 5 biji bawang merah 1 biji tomato hijau (dicincang) 1/2 genggam ikan bilis (goreng garing) 2 camb. jus lemon garam dan gula secukupnya. Cara memasaknya: 1.  Kukus cili hijau & cili padi selama 8-10 minit, angkat dan sejukkan. 2.  Tumbuk cili tadi dengan bawang sehingga lumat. 3.  Panaskan minyak dan goreng cili ini sehingga garing. 4.  Angkat, masukkan jus lemon, garam, gula dan ikan bilis, gaul rata dan hidang

Umai

Image
Umai Udang Bahan: 500gm udang sederhana besar (dibuang kulit, dicuci & dipotong kecil) 1 biji bawang besar 3 biji cili api 1 camb. kacang tanah (yg telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar) 1 camb. cuka makan 5 biji limau kasturi (ambil jusnya) Sedikit garam dan gula Bahan utk ditumbuk: 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 inci belacan 1 biji cili merah Bahan hiasan: Daun kunyit, daun sup dan hirisan serai Cara memasaknya: 1.  Perapkan udang dgn. perahan limau dan garam sekejap sehingga udang bertukar warna. 2.  Masukkan bahan yg telah ditumbuk dan bahan yg lainnya ke dalam bekas perapan udang, gaul sebati. 3.  Perapkan di dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum dimakan bersama nasi panas. Umai Ikan tenggiri bersama mangga muda- Bahan-bahan- 2 keping ikan tenggiri 1 biji mangga muda (dicincang halus) 1 biji bawang besar (potong dadu) 1 biji cili padi (hiris) 5 biji limau nipis sos sotong gula 1 biji tomato (potong dadu) Cara memasak- 1. A

Sup Ponas Bidayuh

Image
Sup Ponas Bidayuh Bahan: 2 ulas bawang putih 2 btg. serai sedikit sambal belacan garam secukup rasa 1 cawan parutan ubi kayu 2 biji cili merah Cara memasaknya: 1.  Tumis bawang putih sehingga wangi. 2.  Tambah sedikit air dan masukkan cili merah yg telah dimayang racik halus, serai yg telah diketuk, sambal belacan dan garam. 3.  Bila adunan telah sebati dan naik bau, masukkan ubi kayu. 4.  Masak hingga ubi kayu bertukar jernih warnanya. Nota-    Sup ponas ini menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama pembuatannya.  Bagi masyarakat Bidayuh sup ini sesuai dihidangkan bersama ikan pusuk dan linut.  Sup ini lebih sedap jika ditambah sayuran kampung dan lada di dalam ramuan memasaknya. Rujukan- 1. saji.my/makanan-tradisional-bidayuh 2. ms.m.wikipedia.org/wiki/masakan_Sarawak

Bubur Ruya

Image
Jom kita cuba masakan negeri Sarawak pula.  Bagi pengemar ubi kayu, mungkin anda kena cuba resepi ini.  Sedap, mengenyangkan dan layan.... Bahan: 1 kg isi ubi kayu (dibuang kulit dan dipotong kiub kecil) 4 helai daun pandan gula dan garam secukup rasa 1/2 cawan beras pulut (atau segenggam sahaja) 1 cwn santan Cara memasaknya: 1.  Isi ubi direbus sehingga separa empuk dan kemudian ditambah beras pulut ke dalamnya. 2.  Dengan api yang perlahan dan setelah keduanya empuk dan lembut, masukkan bahan lain ke      dalamnya. 3.  Masak sehingga aroma daun pandan keluar.  Tutup api dan hidang.

Sayur Cangkuk Petai

Image
Simple sangat masakan sayur nie tapi sedap dan berkhasiat.  Buat yg sentiasa suka masakan baru, mungkin kali ini masakan ini boleh diuji di dapur anda. Bahan: 1 kg sayur cangkuk (tapi saya guna cekur manis) 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih segengam ikan bilis 10 biji cili padi 3 biji telur Sedikit air, garamm gula dan serbuk perasa 1 paket (250gm) isi petai Cara memasaknya: 1.  Tumis bawang, cili dan ikan bilis sehingga kekuningan. 2.  Masukkan sayur, air dan serbuk perasa; gaul sebati. 3.  Masukkan telur, biar seketika, bolehlah diangkat. 

Kuih Apom balik......

Image
APAM BALIK Bahan: 2 cwn tepung naik sendiri 1/4 cwn gula 1/2 sk bikarbonate soda 1 biji telor 11/2 cwn susu segar 1/2 sk b.powder 1 cwn kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar/kisar) 1 tin jagung cream 1 cwn gula sikit butter CARA: -  Gula + telor di pukul sampai kembang. -  masukkan serbuk soda bicarbonat,baking powder,susu dan pewarna kuning      (pukul lagi hingga sebati). -  masukkan tepung dan kacau sebati dan jangan sampai bergentel. -  Panaskan nonstick pan.........dengan suhu yg sederhana. -  Terus masukkan 1 atau 2 sendok adunan dan ratakan. -  Tutup sebentar,,,bila separuh masak.tabur kacang tanah,gula,jagung     dan sikit butter. - Tutup lagi kejap...........bila dah masak.........lipat 2 dan angkat.

Nasi Ayam

Image
  Bahan utk nasi ayam: 1/2 cwn. margerin 2 biji         bawang besar (dikupas & dicincang) 2cm          halia muda (dikupas & dicincang halus) 1cm          kulit kayu manis 4 kuntum  bunga cengkih 2 helai      daun padan (disiat-siat dan disimpulkan) 4 cwn       beras (dicuci dan ditoskan) 51/2 cwn. air rebusan ayam dan sedikit garam Bahan-bahan sampingan- Timun, salad dan tomato Cara memasaknya: 1. Cairkan margerin di dalam periuk dan tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan      daun pandan sehingga naik baunya.  2. Masukkan beras, tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.  Masak sehingga       sempurna dengan api yang perlahan.  Bahan untuk lauk ayam: 1 ekor ayam (dibersihkan & dibelah 2-direbus sehingga separuh masak) garam Lada hitam (dikisar) 2cm halia (dikupas & ditumbuk) 2 ulas bawang putih (dikupas dan dicincang halus) 2 camb. kicap manis 3 camb. margerin 2 camb. sos tiram Cara memas

Nasi Aruk

Image
Nasi Aruk Bahan: Nasi putih secukupnya Segenggam ikan bilis 3 ulas bawang putih (cincang halus) 1 biji bawang besar (hiris bulat) garam secukupnya 2 camb. minyak masak sedikit udang atau daging lada sulah secukupnya 2 biji telur Cara memasak: 1.  Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan. 2.  Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan telur gaul sebati. 3.  Masukkan udang atau daging masak sehingga sekata. 4.  Masukkan nasi, bahan perasa dan ikan bilis  Goreng sehingga nasi serata Nota-    Nasi aruk yang asal hanya menggunakan bahan asas seperti nasi putih, ikan bilis, garam dan sedikit minyak masak sahaja.  Nasi aruk merupakan sejenis nasi goreng traditional masyarakst melayu Sarawak.  Tidak seperti nasi goreng biasa, nasi aruk yang asal tidak menggunakan minyak untuk menggoreng nasi.    Nasi aruk selalunya dimasak juga dengan menggunakan campuran ikan terubuk masin dan buah dabai (sejenis buah eksotik yang terdapat di Sarawak).  Buah dabai

Ikan Ampap

Image
Bahan: 1 kg ikan tenggiri (nak guna ikan apapun boleh) 100gm bawang merah 30gm bawang putih 30gm halia 30gm kunyit hidup 150gm cili boh Asam keping secukupnya (atau asam jawa secukupnya) 5 batang serai Garam dan serbuk perasa secukupnya Cara memasaknya: 1.  Bersihkan ikan dan potong setebal yang bersesuaian. 2.  Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan cili digiling halus. Masukkan bahan giling, serai, air asam jawa dan bahan perasa ke dalam kuali.  Masak sehingga sebati. 3.   Masukkan ikan dan masak sehingga mendidih. 4.  Kecilkan api dan rendidhkan sehingga pekat.

Sup Ayam

Image
BAHAN-BAHAN: 200 gm pes sup pekat Adabi 2 paket sup bunjut Adabi 1 ekor ayam kampung Bawang goreng Air secukupnya BAHAN KISAR: Setangkai daun bawang Setangkai daun sup 450 gm kentang (rebus) 2 1/2 labu bawang besar 6 ulas bawang putih CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan ayam dan potong kepada beberapa bahagian dan rebus sehingga empuk bersama pes sup pekat dan sup bunjut. 2. Setelah ayam empuk tuangkan bahan kisar, taburkan bawang putih.