Posts

Showing posts from April, 2015

Daging panggang sos oren

Image
Bahan: 350gm daging (bahagian top side) 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah 1cm halia sedikit lada hitam garam secukup rasa 1 biji buah oren 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 1cm kulit kayu manis 1 camb. rempah allspice air secukupnya 1 camt. minyak masak Cara memasaknya: 1.  Bersihkan daging. 2.  Tumbuk bawang putih, bawang merah, lada dan halia. Campurkan bahan ini dgn perahan setengah biji oren dan minyak masak; gaul rata pada daging.  Perapkan juga bersama buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan garam.  Perap selama 10-30 minit. 3.  Panaskan minyak dalam kuali non stick, letakkan daging dan tambahkan sedikit air utk empukkan daging.  Balik-balikkan supaya daging masak sekata, biar sehingga air daging menjadi pekat. 4.  Angkat daging, perahkan baki oren ke dalam kuah daging yg terdapat di non stick pan tersebut, dan didihkan sebentar. 5.  Buang rempah ratus yg ada ...

Salad yogurt

Image
Bahan: 1 biji epal hijau (didadu tanpa dibuang kulitnya) 1 biji buah oren (ambil isinya) 1/2 biji isi buah naga merah (didadu) 3 biji strawberry (dibelah 4) 1/4 cwn. buah beri biru 1 cwn nanas cube 1 cawan betik (didadu) 1 biji timun (dibuang empulur dan didadu) 1/2 cawan yogurt tanpa lemak 2 camb. madu 1/2 cwn kacang parang panggang Cara menyediakannya: 1.  Satukan semua bahan, tabur sedikit garam dan gaul rata. 2.  Didalam mangkuk berasingan satukan yogurt dan madu dan gaul sebati. 3.  Ketika hendak menghidang baru gaul sebati buahan dengan yogurt dan kacang parang. 

Spagetti Bolognese

Image
Bahan: 425gm Pasta spagetti 3camb. minyak zaitun 2 biji bawang putih (dicincang) 2 biji bawang besar (dicincang) 4 batang saderi 500gm daging cincang 2 camb. puri tomato 425gm tomato (dicincang) 150ml stok daging garam dan lada sulah secukup rasa 2 camb. Oregano 2 camb. keju parmesan 300gm Prego Traditional Tomato Cara memasaknya: 1.  Panaskan minyak dengan api sederhana.  Goreng bawang dan daun saderi, selama 5 minit dan kemudian masukkan bawang putih dan daging cincang. 2.  Masak sehingga naik bau atau 10 minit lebih sehingga daging bertukar warna. 3.  Besarkan api, masukkan puri tomato, kacau dalam 2 minit. 4.  Kemudian masukkan tomato cincang, stok daging, bahan perasa dan origano, tutup kuali dan renihkan masakan selama 30 mint dalam api perlahan sambil dikacau sekali-sekala. 5.  Masak pasta dalam periuk besar berisi air, minyak zaitun dan sedikit garam sehingga pasta lembut sempurna. 6.  Toskan pasta, campurkan sedikit m...

Chicken Tikka Masala

Image
Bahan: Untuk perapan ayam- 2 cwn plain yogurt 2 camb. jus lemon 1 camb. cili merah pedas 1 camb. jintan putih (dikisar) 1 camb. halia segar (dicincang) 1 camb. jus halia 2 camb serbuk kulit kayu manis garam secukupnya 1 camt. serbuk lada sulah 2 kg ayam (bahagian isi- dipotong dadu) lidi secukupnya Untuk sos- 2 camb. mentega 2 camb. bawang putih cincang 2 camb. cili hijau (potong dadu) 1 camt. serbuk jintan putih 1 camt. garam dan paprika 2 cwn. tomato puri 1 cwn. krim anchor 1/2 cwn. krim masam/ yogurt Cara memasak: 1.  Untuk perapan ayam-      Campurkan semua bahan, sebatikan dan perap bersama ayam selama 30 minit-1 jam. 2.  Untuk sos-      Cairkan mentega di dalam kuali dengan api sederhana.  Tumis bawang putih dan cili hijau      sekejap.  Perasakan dgn. bahan perasa.  Masukkan bahan selebihnya.  Reneh dengan api perlahan      sehingga s...

Nasi Lemon dgn Daun Kari

Image
Bahan: 4 cwn. beras basmati 8 cwn. air 2 camt. garam 12 camb. jus lemon 4 camb. minyak sapi 4 camt. biji sawi 5gm daun kari 4 camt. kulit lemon Cara memasaknya: 1.  Basuh beras sejatkan, tambah 8 cawan air dan rendam selama 2 jam di dalam periuk memasak. 2.  Masukkan garam dan separuh jus lemon, didhkan bersama nasi tadi. 3. Tutp periuk dan renehkan 15 minit sehingga air diserap, tuutp api bila nasi telah masak. 4.  Panaskan minyak sapi dan masukkan biji sawi, daun kari, masak sekejap dan masukkan ke dalam nasi. 5.  Tambahkan kulit lemon dan jus lemon, kacau dan ratakan semua adunan hingga sebati.

Puding Kastard Fruit Coktail

Image
  Bahan utk sos kastard: 400ml susu sejat ideal 200ml air 200gm gula 1 biji telur 1 camt. esen vanila 2 camb. tepung kastard 1 tin fruit coktail (asingkan sirapnya) Cara memasaknya: Satukan semua bahan sos kecuali fruit coktail, masak atas api perlahan hingga gula larut dan adunan menjadi sedikit pekat.  Angkat dan sejukkan.  Bahan utk. puding kastard: 140gm tepung kastard (1 cwn) 1/2 camt. garam 12000ml air 2camb gula 1/2 tin susu pekat manis Cara memasaknya: 1.  Campurkan semua bahan, masak atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat. 2.  Masukkan adunan kastard ke dalam acuan yg telah dibasahkan terlebih dahulu (utk memudahkan puding dikeluarkan nanti). 3.  Hentak sedikit acuan utk menyamaratakan puding dan sejukkan. 4.  Hidang puding bersama sos kastard dan dihias dgn fruit coktail.  Selamat mencuba....

Sambal tumis Cili Hijau Kelabit

Image
Bahan: 8 biji cili hijau 20 biji cili padi hijau 5 biji bawang merah 1 biji tomato hijau (dicincang) 1/2 genggam ikan bilis (goreng garing) 2 camb. jus lemon garam dan gula secukupnya. Cara memasaknya: 1.  Kukus cili hijau & cili padi selama 8-10 minit, angkat dan sejukkan. 2.  Tumbuk cili tadi dengan bawang sehingga lumat. 3.  Panaskan minyak dan goreng cili ini sehingga garing. 4.  Angkat, masukkan jus lemon, garam, gula dan ikan bilis, gaul rata dan hidang

Umai

Image
Umai Udang Bahan: 500gm udang sederhana besar (dibuang kulit, dicuci & dipotong kecil) 1 biji bawang besar 3 biji cili api 1 camb. kacang tanah (yg telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar) 1 camb. cuka makan 5 biji limau kasturi (ambil jusnya) Sedikit garam dan gula Bahan utk ditumbuk: 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 inci belacan 1 biji cili merah Bahan hiasan: Daun kunyit, daun sup dan hirisan serai Cara memasaknya: 1.  Perapkan udang dgn. perahan limau dan garam sekejap sehingga udang bertukar warna. 2.  Masukkan bahan yg telah ditumbuk dan bahan yg lainnya ke dalam bekas perapan udang, gaul sebati. 3.  Perapkan di dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum dimakan bersama nasi panas. Umai Ikan tenggiri bersama mangga muda- Bahan-bahan- 2 keping ikan tenggiri 1 biji mangga muda (dicincang halus) 1 biji bawang besar (potong dadu) 1 biji cili padi (hiris) 5 biji limau nipis sos sotong gula 1 biji tomato (potong dadu) Cara...

Sup Ponas Bidayuh

Image
Sup Ponas Bidayuh Bahan: 2 ulas bawang putih 2 btg. serai sedikit sambal belacan garam secukup rasa 1 cawan parutan ubi kayu 2 biji cili merah Cara memasaknya: 1.  Tumis bawang putih sehingga wangi. 2.  Tambah sedikit air dan masukkan cili merah yg telah dimayang racik halus, serai yg telah diketuk, sambal belacan dan garam. 3.  Bila adunan telah sebati dan naik bau, masukkan ubi kayu. 4.  Masak hingga ubi kayu bertukar jernih warnanya. Nota-    Sup ponas ini menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama pembuatannya.  Bagi masyarakat Bidayuh sup ini sesuai dihidangkan bersama ikan pusuk dan linut.  Sup ini lebih sedap jika ditambah sayuran kampung dan lada di dalam ramuan memasaknya. Rujukan- 1. saji.my/makanan-tradisional-bidayuh 2. ms.m.wikipedia.org/wiki/masakan_Sarawak

Bubur Ruya

Image
Jom kita cuba masakan negeri Sarawak pula.  Bagi pengemar ubi kayu, mungkin anda kena cuba resepi ini.  Sedap, mengenyangkan dan layan.... Bahan: 1 kg isi ubi kayu (dibuang kulit dan dipotong kiub kecil) 4 helai daun pandan gula dan garam secukup rasa 1/2 cawan beras pulut (atau segenggam sahaja) 1 cwn santan Cara memasaknya: 1.  Isi ubi direbus sehingga separa empuk dan kemudian ditambah beras pulut ke dalamnya. 2.  Dengan api yang perlahan dan setelah keduanya empuk dan lembut, masukkan bahan lain ke      dalamnya. 3.  Masak sehingga aroma daun pandan keluar.  Tutup api dan hidang.

Sayur Cangkuk Petai

Image
Simple sangat masakan sayur nie tapi sedap dan berkhasiat.  Buat yg sentiasa suka masakan baru, mungkin kali ini masakan ini boleh diuji di dapur anda. Bahan: 1 kg sayur cangkuk (tapi saya guna cekur manis) 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih segengam ikan bilis 10 biji cili padi 3 biji telur Sedikit air, garamm gula dan serbuk perasa 1 paket (250gm) isi petai Cara memasaknya: 1.  Tumis bawang, cili dan ikan bilis sehingga kekuningan. 2.  Masukkan sayur, air dan serbuk perasa; gaul sebati. 3.  Masukkan telur, biar seketika, bolehlah diangkat. 

Kuih Apom balik......

Image
APAM BALIK Bahan: 2 cwn tepung naik sendiri 1/4 cwn gula 1/2 sk bikarbonate soda 1 biji telor 11/2 cwn susu segar 1/2 sk b.powder 1 cwn kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar/kisar) 1 tin jagung cream 1 cwn gula sikit butter CARA: -  Gula + telor di pukul sampai kembang. -  masukkan serbuk soda bicarbonat,baking powder,susu dan pewarna kuning      (pukul lagi hingga sebati). -  masukkan tepung dan kacau sebati dan jangan sampai bergentel. -  Panaskan nonstick pan.........dengan suhu yg sederhana. -  Terus masukkan 1 atau 2 sendok adunan dan ratakan. -  Tutup sebentar,,,bila separuh masak.tabur kacang tanah,gula,jagung     dan sikit butter. - Tutup lagi kejap...........bila dah masak.........lipat 2 dan angkat.

Nasi Ayam

Image
  Bahan utk nasi ayam: 1/2 cwn. margerin 2 biji         bawang besar (dikupas & dicincang) 2cm          halia muda (dikupas & dicincang halus) 1cm          kulit kayu manis 4 kuntum  bunga cengkih 2 helai      daun padan (disiat-siat dan disimpulkan) 4 cwn       beras (dicuci dan ditoskan) 51/2 cwn. air rebusan ayam dan sedikit garam Bahan-bahan sampingan- Timun, salad dan tomato Cara memasaknya: 1. Cairkan margerin di dalam periuk dan tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan      daun pandan sehingga naik baunya.  2. Masukkan beras, tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.  Masak sehingga       sempurna dengan api yang perlahan.  Bahan untuk lauk ayam: 1 ekor ayam (dibersihkan & dibelah 2-d...