Posts

Showing posts from June, 2025

Sup wantan inti daging ayam

Image
        Sumber foto dari majalah RASA Resepi sup wantan inti daging ayam-   Bahan untuk wantan: 1 paket kulit wantan 200gm Isi Ayam/daging lembu - cincang 1 biji bawang besar (dicincang) 3 ulas bawang putih (dicincang) serbuk lada sulah 1/2 biji lobak merah (dicincang kecil) sedikit daun sup (dihiris halus) Bahan untuk sup- 1 biji lobak merah (dipotong mengikut saiz yang diingini) sedikit daun sup (dipotong halus) 2 biji cili merah (dihiris halus) Rempah penumis 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga) 4 biji Bawang merah dan   2 ulas putih - dihiris serbuk perasa garam dan gula secukupnya 2 inci halia (dipotong dan diketuk sedikit) minyak untuk menumis Minyak bijan sedikit tepung jagung 1 paket cendawan shitake  1 paket babycorn Bahan lain- bawang goreng telur Kway teow Cara: 1. Satukan isi ayam bersama karot, daun bawang dan cili merah. Gaul dan perasakan dgn bahan perasa. 3. Letakkan ...

Ikan siakap 3 rasa (Sweet Sour fish)

Image
Bahan- 1 ekor ikan siakap 1 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 camt jus limau nipis 5 biji cili merah 3 helai daun limau purut 2 biji tomato 1 inci halia 4 helai daun ketumbar 1/2 cawan sos ikan 1/2 cawan sos tomato 1/2 camt garam 1 camt gula 5-7 biji cili padi Cara memasak- 1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. 2. Dalam kuali yang berlainan masukkan sedikit minyak goreng ikan tadi dan tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia sehingga wangi. 3. Masukkan sos tomato dan sos ikan ke dalam bahan yang ditumis.  Kacau sebati. 4. Masukkan bahan selebihnya, bahan perasa, air  dan masak sekejap sekadar sebati bahan. 5. Masukkan ikan yang telah siap digoreng ke dalam pinggan hidangan dan tuangkan kuah di atas ikan tersebut. 

Rasam ketam

Image
Perkataan "rasam" diambil dari bahasa Sanskrit.  "Rasam" membawa maksud cecair atau "Juice" di dalam bahasa Sanskrit.  Berpandukan kepada Rasam yang dibuat di Selatan India, ia merupakan sejenis sup pedas yang dibuat dari tomato dan asam jawa, akan dimakan bersama nasi dan hidangan lain. Rasam merupakan sejenis sup atau hidangan berkuah yang kaya dengan rempah ratus.   Bahan- 1 kg ketam (dibersihkan dan dipotong dua) 2-3 ulas bawang putih 1 biji bawang merah (hiris) 2 biji tomato (potong dadu) 1 biji lobak merah (hiris bulat) 1 inci halia (hiris) 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh biji ketumbar 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1/4 sudu teh serbuk lada hitam 1/4 cawan asam jawa (dibancuh dengan sedikit air) 4 - 5 tangkai cili kering (ikut suka) garam secukup rasa minyak masak untuk menumis 1 batang daun kari sedikit daun sup Cara membuatnya- 1. Tumis rempah dengan cara menumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi. Kemudian, ma...

Pecal

Image
Pecal adalah sajian yang terdiri daripada campuran sayuran yang pelbagai dan dimakan bersama kuah kacang, tempe, keropok, telur, nasi impit dan ubi kentang.  Sajian sihat ini merupakan sajian utama bagi masyarakat Jawa dan Banjar.  Namun tidak asing bagi masyarakat di Malaysia amnya.  Sajian enak ini sering dijamu ketika bulan puasa, namun agak sukar ditemui walau cara pembuatannya tidak terlalu sukar.  Istimewanya pecal kerana ia boleh di makan pada bila-bila sahaja tak kira sebagai sarapan, untuk digandingkan dengan nasi ketika makan tengahari, dibuat sebagai gandingan minum petang atau pun sebagai menu sihat makan malam.                                                                Gambar dari sumber internet Bahan-bahan untuk kuah pecal- 7 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2cm belacan (bakar) 10 biji ...