Pecal

Pecal adalah sajian yang terdiri daripada campuran sayuran yang pelbagai dan dimakan bersama kuah kacang, tempe, keropok, telur, nasi impit dan ubi kentang.  Sajian sihat ini merupakan sajian utama bagi masyarakat Jawa dan Banjar.  Namun tidak asing bagi masyarakat di Malaysia amnya.  Sajian enak ini sering dijamu ketika bulan puasa, namun agak sukar ditemui walau cara pembuatannya tidak terlalu sukar.  Istimewanya pecal kerana ia boleh di makan pada bila-bila sahaja tak kira sebagai sarapan, untuk digandingkan dengan nasi ketika makan tengahari, dibuat sebagai gandingan minum petang atau pun sebagai menu sihat makan malam.

                                                               Gambar dari sumber internet

Bahan-bahan untuk kuah pecal-
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm belacan (bakar)
10 biji cili api
10 tangkai cili kering (direndam dan kemudian dilap bersih kering dgn tisu dapur)
4 - 5 helai daun limau purut
500gm kacang tanah (digoreng dengan sedikit minyak, atau disangai, dibuang kulit dan ditumbuk kasar)
Air asam secukupnya
Garam dan gula secukupnya
2 sudu besar gula melaka
3 - 4 sudu makan gula merah
sedikit udang kering (boleh tambah jika suka- digoreng sekejap)

Cara memasak-
1. Goreng kacang tanah hingga keperangan, kemudian buangkan kulitnya dan kisar kasar.
2. Goreng secara berasingan bawang merah, bawang putih, belacan, udang kering cili padi, cili kering dan daun limau purut sehingga wangi dan ketepikan.
3.  Kisar atau tumbuk hingga hallus bahan bergoreng tadi bersama sedikit air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa.
4. Didalam mangkuk kosong tuangkan bahan yang telah dikisar dan kemudian campurkan dengan kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar.
5. Jika suka hirisan daun cekur boleh dimasukkan ke dalam kuah pecal.
6. Hidangkan kuah pecal bersama bahan-bahan yang lain seperti tempe, sayuran yang dicelur dan tauhu goreng.

Bahan-bahan sampingan pecal-
Telur rebus (yang digoreng sebentar)
Ubi kentang (dipotong wedges dan digoreng hingga kekuninggan)
Tempe (digoreng)
Kangkung (perisikan dan dicelur)
Tauge (dicelur)
Sengkuang (dihiris memanjang halus)
Timun (dihiris kasar)
Pucuk ubi kayu (dicelur)
Keropok ikan ( digoreng)
Nasi impit
Kacang panjang (dipotong dan dicelur)
Kobis
Pucuk paku (dicelur)
Jantung pisang (dicelur)
Cucur jagung

Cara menyediakan bahan sampingan pecal-
1. Tauhu dan tempe digaram kunyitkan terlebih dahulu dan digoreng sehingga kekuningan.  Setelah itu angkat dan potong kecil tauhu dan tempe.
2.  Panaskan air yang dicampur sedikit garam dan 1/2 sudu makan minyak masak ke dalam periuk.  Celur kacang panjang sekejap sehingga bertukar warna atau lembut.  Angkat dan toskan. 
3. Celur pula kangkung sekejap, angkat dan toskan.  
4. Kemudian celur pula pucuk ubi kayu hingga lembut, angkat dan toskan juga.  Kemudian pucuk ubi dipotong kecil-kecil.
5. Tauge dibersihkan, letak dalam bekas penapis kemudian siram dengan air panas.
6. Timun dan sengkuang dihiris nipis. Buang empulur timun.
7. Telur direbus, dikupas kulit dan digoreng sebentar kekuninggan. Angkat dan potong 2 atau 4.

Untuk penyediaan pecal yang lengkap-
Ambil serba sedikit bahan pecal dan isikan ke dalam pinggan, tuangkan kual pecal di atasnya.  Gaul sebati kuah dan bahan sebelum mula menjamu selera.

Info tambahan-
1. Kuah pecal boleh dibuat kosong tanpa campuran daun limau purut, atau dibuat dengan campuran daun limau purut atau daun dan ubi cekur.
2. Sambal pecal yang berbaki boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan kemudiannya disimpan ke dalam peti sejuk bagi tahan lama.  Bila ingin digunakan, bahan ini cuma perlu dibancuh dengan air panas.
3. Kuah pecal di Indonesia dipanggil kencur, beza dengan kuah gado-gado adalah kuah gado-gado mempunyai campuran daun limau purut.
4. Pecal atau "Pece"l bagi masyarakat Jawa biasanya disajikan bersama nasi kukus atau lontong atau berserta ketupat nasi.
5. Pecal berasal dari kota Madiun atau Ponorogo di Jawa Timur, Indonesia.  Sinonimnya hingga sate Ponorogo juga menggunakan kuah kacang yang sama seperti kuah pecal.
6. Sambal pecal yang sedap memerlukan penggunaan gula melaka dalam pembuatannya.
7. Jika bahan-bahan kisar tidak mahu dimasak semula, apa yang perlu dilakukan ketika hendak menggunakan bahan kisar, tuang air panas, sedikit garam, air asam jawa, gula melaka dan serbuk perasa.

Rujukan-
1. https://www.rasa.my/masak-kuah-pecal-sedap-padu-resepi-istimewa-peninggalan-arwah-mak#goog_rewarded

2. https://www.rasa.my/nuat-pecal-sendiri-sedap-sihat-dimakan-bersama-keluarga/#goog_rewarded

3. https://myresepi.com/pecal-sayur-jawa/

4. https://www.facebook.com/groups/202553538069117/posts/1028919312099198/

5. https://www.tiffinbiru.com/2018/04/resepi-pecal-sayur-pengubat-rindu.html

6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pecal

7.  https://siraplimau.com/resepi-pecal-dan-tips/

8. https://jamilahmasor.com/pecal-sayur-kuah-kacang/

9. https://resepibonda.my/sayur-pecal-jawa-hidangan-simple-tapi-enak/

10. https://www.facebook.com/watch/?v=670089520868799

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh