Posts

Showing posts from September, 2025

Kuih Lapis

Image
Foto di ambil dari perkongsian di sumber internet Kuih Lapis Kuih lapis secara dasarnya agak mudah untuk dikenali kerana bentuknya yang berwarna-warni.  Dimasak secara berlapis-lapis dengan warna-warna yang pelbagai tetapi ssecara dasarnya 2 warna utama dalam pembuatan kuih lapis yang digunakan ialah warna merah dan putih sahaja.  Merah terhasil dari pewarna merah yang diletakkan sedikit esen ros dan warna putih terhasil dari santan. Tekstur kuih lapis adalah lembut atau kenyal dengan rasa lemak manis dan beraroma wangi santan serta esen ros.  Penggunaan santan segar amat penting bagi memastikan kuih lapis yang terhasil adalah sedap.  Setiap lapisan kuih ini perlu dikukus untuk jangka masa tertentu bagi memastikan lapisan masak sempurna ini dapat menampung curahan lapisan yang berikutnya.  Lapisan yang dibuatnya selalunya nipis bagi menghasilkan corak yang cantik dan rasa yang seimbang antara rasa aroma ros dan lemak santan. Bahan- 300gm tepung ubi ( atau 1...

Pulut kacau

Image
  Pulut kacau  Kuih traditional ini merupakan sejenis kuih traditional masyarakat Melayu yang diperbuat dengan tiga bahan utama iaitu beras pulut, santan dan gula.  Pulut kacau boleh diperbagaikan seperti pulut kacau berdurian, atau pulut kacau manis.  Ada juga yang memanggil kuih ini sebagai nasi manis Kelate di negeri Kelantan, pulut kucai, wajak, puluit kucai oleh masyarakat di negeri Perlis, Orang Jawa, org Negeri Sembilan, orang Johor memanggil kuih ini wajik, masyarakat di Limbang Sarawak memanggil kuih ini sebagai wajit dan kuih ini dibungkus menggunakan daun ngirik atau lerik, wajid oleh orang Trengganu, di Selangor kuih ini dipanggil wajik sirat, di Perak dikenali sebagai kuih wajek, masyarakat bugis  menamakan kuih ini sebagai wajik atau baje’atau bajek, ada sebahagian orang minang di Negeri Sembilan panggil kukuih atau pulut wajik.  Pulut kacau perlu dimasak sehingga kelihatan berkilat tekstur pulut yang dimasak. Ada yang suka makan pulut kacau y...

Ham Choi sup

Image
  Resepi Sup Ham Choi versi Sabah Bahan-bahan:                                                    1. Kepala ikan(apa-apa jenis ikan) 2. Tomato( potong dadu) 3. Tauhu kering(hiris) 4. Tauhu( potong dadu) 5. Halia(hiris) 6. 1 mangkuk air 7. Ajinamoto dan garam(secukup rasa) Cara masak: 1. Masukkan bahan-bahan 1 hingga 5 ke dalam periuk. 2. Tuangkan 1 mangkuk air ke dalam periuk yang sama. Letakkan periuk di atas api yang sederhana. 3. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan ajinamoto dan garam secukup rasa. 4. Hidangkan.