Pulut kacau
Pulut kacau
Kuih traditional ini merupakan sejenis kuih traditional masyarakat Melayu yang diperbuat dengan tiga bahan utama iaitu beras pulut, santan dan gula. Pulut kacau boleh diperbagaikan seperti pulut kacau berdurian, atau pulut kacau manis. Ada juga yang memanggil kuih ini sebagai nasi manis Kelate di negeri Kelantan, pulut kucai, wajak, puluit kucai oleh masyarakat di negeri Perlis, Orang Jawa, org Negeri Sembilan, orang Johor memanggil kuih ini wajik, masyarakat di Limbang Sarawak memanggil kuih ini sebagai wajit dan kuih ini dibungkus menggunakan daun ngirik atau lerik, wajid oleh orang Trengganu, di Selangor kuih ini dipanggil wajik sirat, di Perak dikenali sebagai kuih wajek, masyarakat bugis menamakan kuih ini sebagai wajik atau baje’atau bajek, ada sebahagian orang minang di Negeri Sembilan panggil kukuih atau pulut wajik. Pulut kacau perlu dimasak sehingga kelihatan berkilat tekstur pulut yang dimasak.
Ada yang suka makan pulut kacau yang pulutnya garing-garing sedikit, ada yang sukakan teksturnya yang lembek sedikti dan ada juga yang sukakan tekstur yg pulutnya keras dan ranggup. Apa pun cara pemakanannya, kuih pulut kacau ini sedap dimakan bersama air kopi.
Pulut kacau selalunya disediakan ketika kenduri kahwin masyarakat Melayu, ketika bulan puasa, raya
Bahan-
1 kg Beras pulut (rendam dalam 4 jam)
3 cawan air biasa
2 cawan gula putih (700gm)
2 cawan gula merah (300gm)
½ kg-1 kg santan segar
Garam secukupnya
1 cawan gula kabung (gula melaka)
2-3 daun pandan (disimpulkan)
18gm agar2 bertali
Cara memasak-
Beras pulut dibasuh bersih, ini antara petua agar kuih wajik tahan lama.
Pulut diletakkan ke dalam bekas kukusan setelah dicuci dan ditapis rendamannya.
Kukus sekejap dalam 15 minit.
Agar-agar dimasak dengan 1 ½ cawan air sehingga agar-agar hancur.
Kemudian bekas berisi pulut dicampurkan dengan 3 cawan air. Sebatikan dan kukus pulut. 2 kali kukusan tersebut anggaran dalam tempoh 50 minit. Sejukkan.
Masak gula merah dan tapis, kemudian disejukkan.
Campurkan gula merah ke dalam santan, gula putih dan garam, masak sampai pekat dan bertali gulanya.
Masukkan pulut ke dalam santan yang telah dimasak ini tadi dan sebatikan.
Jika ada isi durian, boleh masukkan isi durian pada masa ini bersama-sama ke dalam adunan santan.
Tuang adunan agar-agar ke dalam pulut yang sedang dimasak, kacau rata.
Kacau adunan di atas api sederhana sehingga pulut tidak melekat di kuali, disenduk atau di bekas memasak dan adunan meletup-letup ketika memasak.
Masukkan pulut ke dalam bekas atau talam yang berlapik daun pisang (yang telah dilayurkan terlebih dahulu) dan kemudian bekas perlu ditutup agar air gula tidak menjadi kering.
Sejukkan sebelum dimakan.
Comments