Posts

Brownies dengan Dark coklat

Bahan-bahan- 280gm dark chocolate compound 185gm butter 185gm castor sugar/ brown sugar 3 biji telur 1 sudu kecil esen vanila 185gm self rising flour Cara memasak- 1. Cairkan coklat dan butter dengan kaedah double boil, ketepikan. 2. Di dalam 1 bekas, campurkan gula castor, telur dan esen vanila.  Sebatikan dan campurkan ke dalam campuran coklat. 3. Masukkan self-rising flour dan sebatikan. 4. Tuang adunan ke dalam koyang berukuran 10" x 10" yang telah di gris dengan butter. 5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit.

Waldorf Salad

Bahan-bahan- 375gm Apples merah 375gm Apple hijau 160gm Celery (potong dadu kecil) 30gm Walnuts (sangai sekejap dan hancurkan kasar) Bahan Chantilly Dressing- 120ml Mayonaise sedikit garam sedikit lada putih 1 bji Lemon 1/2 cawan Heavy cream Bahan untuk hiasan- Mixed salad secukupnya 15gm Walnut ( sangai dan potong kasar) Cara memasaknya- 1. Sediakan bahan untuk membuat dressing.  Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas dan sebatikan. Simpan dalam peti ais. 2. Potong apple dalam bentuk kiub kecil tanpa membuang kulit. 3. Masukkan apple ke dalam dressing dan sebatikan. 4. Campurkan juga dengan celery dan walnut kemudian sebatikan dan simpan dalam peti sejuk. 5. Campurkan heavy cream, sebatikan secara perlahan-lahan.  Buat ketika hendak menghidang makanan.

Sambal tumis nasi lemak

 Sambal tumis nasi lemak Bahan-bahan kisar- 7-8 biji bawang merah  5 ulas bawang putih 2 inci halia 1 genggam ikan bilis 2 biji bawang besar Sedikit minyak 1 camca teh belacan Bahan-bahan lain- 1/2 biji bawang besar 3 helai daun pandan 3-4 senduk cili kisar sedikit air 2 camb. sos tiram 1 kiub ikan bilis  gula melaka secukupnya garam dan gula secukupnya 1 biji bawang holland 1 mangkuk ikan bilis goreng 2 camca besar kicap manis 1 keping asam keping atau sedikit air asam jawa Cara memasak- 1. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar sehingga halus. 2. Tumis bawang besar sehingga layu dan kemudian masukkan bahan kisar, masak sehingga kering dan ramuan kelihatan kekuningan. 3. Masukkan daun pandan yang telah dicarik dan disimpulkan, berserta cili kisar. 4. Kacau sebentar  sehingga sambal tumis bertukar warna merah gelap dan pecah minyak. 5.  Kemudian masukkan bahan-bahan perasa selebihnya.   6. Bila sambal kelihatan kering, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga kuah sambal kelihatan peka

Briyani udang

Briyani udang Bahan-bahan: 500gm beras basmathi 1 kg udang (sederhana besar) Sedikit serbuk kunyit Sedikit garam 5gm daun ketumbar Air secukupnya 250ml Susu cair 4 batang lobak merah (100gm) 15gm minyak masak 20gm minyak sapi 5gm daun pandan Bahan tumis: 60gm bawang merah 40gm bawang besar 20gm bawang putih 10gm halia 5gm kulit kayu manis 5gm bunga lawang 5gm buah pelaga 5gm cengkih 8gm rermpah briyani Bahan lain- 50gm kismis 25gm daun sup 25gm bawang goreng Cara memasak- 1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun pandan. 2. Tumis hingga harum dan bawang layu dan wangi. 3. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang.  Gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan. 4. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. 5. Alihkan beras dan rempah ke dalam periuk nasi, campurkan air dan susu cair. 6. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata. 7. Masak nasi seperti biasa.  Bila ke

cuba

Dinonsul Mangga

Dinonsul Mangga Bahan-bahan- 80gm ikan bilis (dibersihkan) 5 biji cili padi (dipotong kecil) 3 biji mangga muda (dikupas kulit dan isinya diracik halus) 1 biji cili merah (dihiris) 1 sudu kecil gula pasir 1 sudu teh garam 5gm daun selasih (daunnya sahaja) 1 biji tomato (dipotong nipis) 1/2 biji bawang merah (dihiris) 5 biji limau (ambil jusnya sahaja dan boleh digantikan dengan cuka) Cara memasak- 1. Sangai ikan bilis sehingga kering dan kekuninggan. 2. tumbuk ikan bilis kasar-kasar. 3. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan, sedia untuk dihidang. Nota-    Masakan ini merupakan makanan tradisi kaum Momogun dari suku Rungus di Sabah.  Ikan bilis boleh digantikan dengan ikan masin yang dibakar dengan kayu api.  Ppenggunaan mangga boleh digantikan dengan peria. Rujukan- 1. Enuvung Manisa, resepimomogunrungus.blogsport.com 2. sibergirlmyexcel11.blogsport.com

Dalca Sayur (vegetable Dal)

  Dalca Sayur Bahan kisar- 3 biji bawang merah 2 biji bawang putih sedikit halia Bahan lain- 1 biji terung 1 biji ubi keledek atau ubi kentang (dipotong dadu kecil) 1 biji lobak merah (potong memanjang) 10gm kacang panjang (potong memanjang) 1 biji tomato (potong 4) 1 biji cili merah (potong memanjang 2) 50gm kacang dal (direndam semalaman) sedikit bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. 3 sudu besar serbuk kari daging Sedikit air asam jawa Sedikit serbuk perasa ikan bilis Garam, gula  1 mangkuk tulang ayam 1 kotak kecil santan (200ml) 2 tangkai daun kari Cara memasak- 1. Rebus kacang dal hingga empuk dan kisar kasar kacang dal ini. 2. Tumis bahan kisar dengan bunga lawang dan kulit kayu manis. 3. Masukkan serbuk kari daging dan tumis sehingga pecah minyak. 4. Masukkan air, ayam dan kacang dal, santan, kentang, ubi keledek dan lobak merah), masak sehingga empuk. 5. Masukkan terung dan bahan lain. 6. Perasakan dengan air asam jawa, garam, gula perang dan sedikit kiub ikan bilis.