Kerabu taugeh dan kerang


Kerabu taugeh dan kerang

Bahan:
1 kg taugeh
3 ulas bawang merah dihiris
7 biji cili padi dihiris
sedikit belacan (dibakar)
50gm udang kering (direndam)
sedikit perahan air limau nipis
1 camb. kerisik
garam dan gula secukupnya

Cara memasak:
1.  Taugeh dicelur seketika, dan toskan airnya.
2.  Tumbuk udang kering, belacan sehingga lumat.
3.  Gaulkan semua bahan bersama taugeh dan perasakan.

Comments

Cara yang emak saya gunakan untuk membuat kerabu taugeh ini ialah yang pertama kita perlu rebus taugeh tersebut untuk melembutkan ia. Justeru itu kita juga boleh menambahkan sayur pucuk paku untuk menjadikan ia lebih bervariasi. Untuk membuat bahan kerabu, kita boleh menggunakan bawang merah,bawang putih dan cili padi yang secukupnya. Kisarkan bawang tersebut dengan sedikit air berserta belacan. Setelah itu, campurkan bahan kisaran tersebut dengan sayur taugeh dan sayur pucuk paku yang telah dipotong kecil dan dibuang batangnya yang keras. Masukkan juga bahan perasa iaitu gula dan garam. Untuk menambahkan lagi kesedapan pada kerabu taugeh ini ialah kita boleh memasukkan kerisik. Sebagai bahan penyedap rasa,kita juga boleh memasukkan sedikit kerang, ikan bilis,udang kering atau apa sahaja yang bersesuaian kepada kerabu ini.Terima kasih. (2019443244)

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh