Posts

Showing posts from 2010

Sago Mangga Bersantan

Image
Saya suka dessert melayu yang telah dimodenkan nie.  Sebabnya ia tak nampak seperti "makanan dulu-dulu".  Kelihatannya seperti sejenis dessert yang baru dicipta.  Padahal idea membuatnya berasaskan kuih sago sebenarnya.  Amacam? cam boleh layan tak? Seperti yang dapat dilihat, dilapisan bawah adalah sago yang telah dimasak dan diadunkan bersama sedikit pewarna hijau (atau kalau dah malas sesangat beli atau masak aje guna sago hijau) dan sedikit santan ( nie pun boleh ditukarkan dengan fresh milk) untuk menampakkan kelainan dan attraction untuk kita ngap dessert nie. sementara di atasnya pula adalah buah mangga (kalau dapat guna mangga harumanis lagi sodap) yang di kisar halus dan mangga yang dipotong dadu.  Supaya time kita makan tu, akan terasa kenikmatannya. Okay, tanpa mahu membuang masa (saya tengah bergelut menyiapkan study saya sebenarnya).  saya kongsikan bersama anda semua cara membuatnya. Bahan-bahannya - 3/4 cawan  sago (at...

Ubi rebus bersama gula merah dan kelapa parut

Image
Dalam mood time limited.  Everything to be done in a short time given.  Ya! Allah, sampai hanguslah ikan yang saya goreng hari nie dikerjakan.  Kejar masa sangat.... nielah akibatnya.  Saya memang kesuntukkan masa, banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang suntuk ini.  Salah satu pendorong utamanya, suami yang kesakitan (kesan dari aktiviti lasaknya).  Whatever, tetiba terlintas menu paling mudah nie.  Kebetullan ubi kayu nie saya perolehi dari sahabat suami yang datang berkunjung ke rumah.  Sebab dia tahu saya sangat sukakan ubi kayu, terus dibawanya satu guni gitu...... special dari Johor.  Cam perli lak.  Apa lagi saya yang amat mengidamkan ubi kayu terus mengerjakannya dalam masa yang suntuk ini. Apa yang saya buat, bersihkan ubi kayu dengan cara membuang kulitnya dan membasuh bersih.  Kemudian. potong menjadi kiub kecil, sebahagiannya saya goreng dan selebihnya saya rebus.  Yang telah siap berg...

Pudding Pandan Layer Cake

Image
Saya memang suka menggoda.  Suka bagi orang tak dapat tidur malam, paling penting tidur malam termimpi-mimpi.  Tapi bukan mimpi atau tergodakan saya.  Angau separuh jiwa pada masakan saya.....  Ha..ha.. ha... bagi statement haru-biru sikit. Kek yang saya nak tunjukkan hari nie, renyah sikit cara pembuatanya.  Sebabnya kena siapkan sponge cakenya dulu, kena buatkan kastard dia dulu, pastu kena lapis-lapiskan.  Bukan itu saja sebelum jadi end product, kena dulu kita sejukkankan dia.  Tak nak buang masa, mari kita belajar cara pembuatannya. Bahan-bahan untuk Pandan Chiffon Cake - 4     biji  Telur 125 gm  Gula kastor 25   gm  Ovallete 150 gm  Soft flour             ) 15   gm  Tepung jagung     )  ayak kesemuanya 1/2  tsp. Baking powder    ) 75   gm...

Yummie...yummie... yummm

Image
You're the one who are crazy mezzy about cheese.  Now it come to you.  Don't wait until it finish or you may don't have a chance to get it anymore.  Pizza Hut ada mempromosikan produk baru, yang boleh membuatkan anda tak senang duduk.  Apa tunggu lagi mari kita beramai-ramai serbu Pizza Hut sekarang juga......  Untuk keterangan atau maklumat lanjut berkaitannya, silalah click pada iklan Pizza yang ada di blog ini.

Jom masuk contest ALL Shiny WHITE

Image
Apa tunggu lagi.  Exam dah abis, yang kerja, inilah masanya untuk bercuti panjang.  Tapi RM takde.  So apa lagi mehlah join contest yg ada kat Blog nie, siapa tahu ini giliran anda untuk memenanginya.

Bread butter pudding

Image
Hidangan puding roti yang menyelerakan Apakah ini???.  Ini fabrat saya.  Puding yang lazat dan berkhasiat, tiada tolak bandingnya....  Yummie, sedap sangat.  Nak cuba mehlah...  Apa namanya yea?  NIelah Bread Butter Puding, bau aromanya memnag tak boleh nak tahan.  Makan pula dengan vanila sauce, sedap sangatttt... Jom kita belajar cara membuatnya. Bahan-bahannya - 1 buku  roti 1 liter    susu segar (kalau tak ada susu tepung pun boleh, tapi perlu dicampurkan dengan air @ santan pun                                  bisa) 4 biji     telur Gula secukup rasa 1 tsp.    Esen Vanilla 1 paket Buah pala sagat (yang bergula) Sedikit serbuk buah pala Sedikit serbuk kayu manis Kismis secukupnya Choclate chip sec...

Fruit Cake

Image
Assalamualaikum suma... apa kabare?  Harap suma sihat walafiatlah yea.....  Lama tul tak turunkan ilmu memasak kat blog teman nie.  Bebudak student dah bising.... (ala.. camle dia orang tu nak buat sesangat kek nie...)  Tahu! gempak je lebih.... Apa pun arinie saya nak ngajar buat kek buah.  So apa lagi meh le cari bebarang tuk membuatnya. Kek Buah Bahan - 250 gm    Tepung gandum 250gm     Butter 250gm     Castor sugar/ brown sugar 1/2 tsp.    Baking powder 5 biji       Telur 1/4 tsp    Vanilla essen 375 gm   Mix fruit Nutmeg powder (serbuk buah pala) Cara membuatnya - Masukkan gula dan butter.  Putar hingga kembang dan sebati. Masukkan pula telur, putar semula sehingga sebati dan kemudian masukkan baking powder; sebatikan ia. Selepas itu masukkan tepung, putar sebati bersama bahan lain dan kemudian masukkan pu...

Ketuk-ketuk kuali ramadhan di Kodiang, Kedah

Image
Ish..... cam model iklan baju lak.... tapi baiknya sebab dibuat depan masjid gitu. Nie sebenarnya adalah para peserta event ketuk2 kuali ramadhan di Kodiang, Kedah. Nie..... gambar reramai nie sebebarnya muka-muka kepenatan, selepas bertungkus-lumus bergotong-royong mengerjakan masjid tu. Bersihkan kawasan perkuburan, bersihkan masjid dan masak bubur lambuk serta makanan tuk berbuka.... Terima kasih sesangat sebab dia orang nie memang sangat hebat, sporting giler dan memang bestlah.... Lepas berposing nie, kita orang nak ke Pekan Rabu, Alor Star Kedah... yang memang sangat best kalau nak bershopping barangan untuk beraya nie... Tu yang berseri-seri muka dia orang (nak gi shopping punya pasal penatpun boleh letak ke tepi). I Luv youlah..... Ha..... dah dapat baju raya kat Pekan Rabu tadi, bukan main gumbira lagi hati yea.... I miss you dear.... Miss a lot my dear students.... nak nangis (geng yang duk bergambar nie most of them dah nak abis belajar dah).

perasmian Jualan Amal Biskut

Image
jangan jealous... nie suma yang liza buat time nak adakan event perasmian jualan amal ramadhan, dua yang lepas dengan geng Saiful (SIFE) dan geng Nabil (DFSM). Budget tak banyak so kenalah pepandai menadjust menunya. Nie baru part dessert.... Nie ha... main coursenya. Kita orang cater Nasi impit Kuah kacang, rendang, lontong dan soto. Main menu berasaskan nasi impit. Cuma di variatikan cara pemakanannya, bab-bab plan menu kalau namanya dah mengajar menu planning tapi tak reti nak buat, baik duk kampung tanam jagung jerlah... Ha... tengok cik Lijah berpusu-pusu orang nak serang kat counter makanan nie. Nasib baik buat buffet, kalu tak mau tak menang tangan nak melayannya. Sonot (seronok) giler tengok dia orang menjamu selera. Tapi ya ampun... menunya tak semeriah di hotel. Tahun nie sepatutnya ada buat projek camtu gak (kiranya keseinambungan dari yg terdahulu) tapi tak dapat buat sebab event diluluskan setelah 2 minggu kita suma duk puasa. Takpe2 nanti lain tahun leh buat lagi. ...

Biskut raya....

Image
Hari nie duk pening kepala mencari biskut apa nak buat untuk raya (hu..hu.. tinggal lagi 2 minggu nak raya nie...). Actually nielah first time liza tak excited tuk buat preparation raya. Cam terasa diri kat nun jauh di kota London lak kan. Atoiyaii.... mood koje (especially ngajar) memang sifar abis... Tadi adalah class kul 8.00 pagi tapi yg datangnya separuh jer. Petang kang ada 1 class lagi (entah apa cite lak pun tak taulah...). Nie duk kat opis duk cari resepi biskut raya (dah settle.. siap print lagi.....) sambil dengar lagu dan mengecek (English + malay) test student. Macam-macam biskut duk ada... tapi liza still terkenang-kenang biskut orang dulu-dulu.... especially yang tok selalu duk buat (biskut makmur) dan satu lagi yang gedabak besar (color merah dan hijau cam kuih samperit) sedap giler..... Almond london yang duk buat tetahun nie memanglah superb dan antara yang dapat banyak tempahan. Liza pun tak fahamlah kalau orang kata biskut nie tak sedap. Petuanya satu jer, bua...

Nasi lemak

Image
Nasi lemak buah bidara... sayang selasih hamba lurutkan; hilang emak hilang saudara.... kerana kasih hamba turutkan.... Nie statement dari cite dulu-dulu. Statement sekarang apa ek... Nasi lemak sepanjang jalan kat Taman Pauh.... sayang perut lapar hamba rembatkan; hilang rm tak ingat berapa..... kerana laparnya pasal hamba beli sampai abis.... Ha..ha.. ha. nie saje jer nak promo nasi lemak kat Taman Pauh tu (tapi yang dijual kat tempat abang burger tu really sedap....). Saya puasa hari nie, melatihkan diri menunggu ramadhan (alahai.....). Tetiba teringatkan nasi lemak. Mungkin ada juga yang seperti saya, jadi apa tunggu lagi meh kita balik dan masak. Actually, nasi lemak nie cara penyediaanya ada pelbagai version. Sebelah Penang; nasi lemaknya tidak dibubuh santan, cuma bawang ditumis bersama mentega (nak sedap guna minyak sapi) kemudian dimasukkan beras, bahan yang berkaitan dan sedikit gula. Sebelah KL, nasi lemaknya tidak menggunakan santan... hampir separuh nasi lemak yan...

Roti Jala dgn Kari ayam

Image
Hujung minggu camnie, kalau layan roti jala best jugak ek!. Tapi cam leceh jer, nak mengurai (any term??? i just hear from my grandma.... this term "mengurai"). Tahu tak term tu mendanya, itu merupakan term untuk koje adunan roti jala yang kita bentukkan di dalam non-stick pan. Kalau x de non-stick pan apa nak buat?? gi kedai kat hujung jalan dan jerit kuat-kuat "makcik! roti jala 1". Okay, jangan jadikan alasan, pan biasapun bisa, letak aje sedikit minyak masak (sedap kalau guna corn oil @ butter... aromanya nanti mix dengan roti jala...). Ada yang dah tak kuasa nak dengar saya berceloteh? Sebagai upah melayari blog saya, ari nie saya perturunkan resepi Roti Jala bersama Kari Ayam : Bahan Roti Jala - 200 gm Tepung gandum (ayak dulu yea) air mengikut kepekatan adunan 1 biji telur Sedikit serbuk kunyit Sedikit garam Cara membuatnya - 1. Masukkan tepung gandumdan serbuk kunyit bersama sedikit garam ke dalam bekas. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit ...

Mee Tomyam seafood

Image
So easy. Semudah memasak maggi. Aritu gi one of the shopping mall yang ada berdekatan Seberang Jaya, Penang. Dari jauh dah terbau tomyam, berasap-asap sebab dimasak secara terbuka. Daripada x nak makan, perut kenyang pun terasa cam dah 10 ari tak makan. so saya order 1, anak tak nak, tapi bila dah sampai dia orang yang terlebih rembat. Kempunan punya pasal balik buat sendiri kat umah, puas hati den.... Untuk yang tak pernah mencuba ini resepinya. Bahan - 1 paket mee kuning 250 gm udang (sederhana besar) 100 gm sotong basah (sederhana besar) 100 gm ketam (nak mudah ambil isinya sahaja) 2 -3 batang serai 1 botol pes tomyam 4-5 helai daun limau purut 2 biji bawang merah 20 gm cili padi sedikit minyak masak( untuk menumis) 1/2 liter santan (x guna pun takpe....) 2 batang Lobak merah 1/2 biji kubis 100 gm Bunga kobis ...

Chocolate Mousse

Image
Rasa cam ice cream. Tapi bukan ice cream. Rasanya sedap, sederhana manis, tekstur yang lembut dan boleh diperbagaikan cara pembuatannya.... cuba teka apa dia?. Hari nie saya nak ajar buat chocolate mousse pulak. Chocolate mousse nie sedap dimakan, terutama ketika jiwa tengah kacau (laju jer ngapnya....). Bahan - 3 biji kuning telur 3 biji putih telur 90 gm Caster sugar 120 gm cooking chocolate 330 gm whipped cream (VIVO @ Top Ace) Pastry cream Bahan hiasan seperti strawberry, coklat rice, maple syrup etc. Cara membuatnya - 1. Cairkan cooking chocolate dengan cara double boil, menggunakan api sederhana. 2. Kemudian masukkan kuning telur setelah coklat tadi sejuk. 3. Putih telur dicampur dengan gula, kemudian dipukul sehingga menjadi gebu (meringue). 4. Pastry cream dipukul berasingan sehingga menjadi gebu (soft peak) dan elok naiknya. 5. Pastry cream kemudianya dicampur ke dalam adunan coklat, secara sedikit demi sedikit. P...

Blueberry cake....

Image
Yam... yummy.... ada yang tak suka ker?? Jeng! jeng! jeng! pelik bin ajaib rasanya kalau x suka makan kek. Oklah, menceceh berjela pulak... hari nie saya nak ajar buat blueberry cake. Cara-caranya.... Bahan - 150gm Soft flour 150gm Castor sugar 5 biji Telur 50gm Melted margarine @ corn oil Blueberry paste coklat @ strawberry@ any nuts untuk hiasan Pastry cream Cara membuatnya - 1. Pukul gula dan telur sehingga kembang. 2. Masukkan margerine @ corn oil, pukul sebati. 3. Masukkan tepung, sebatikannya sebentar sahaja. 4. Bakar dengan suhu 180 celcius selama 45 minit. 5. Sejukkan, bila telah masak pada suhu bilik. 6. Potong kek kebeberapa lapisan. Setiap lapisan sapu dengan sebarang jem atau air gula, Penuhi permukaan kek dengan blueberry paste. Pastikan ianya 1 lapisan yang nipis sahaja. 7. Buat step yang sama sehingga kesemua lapisan selesai dilapisi dengan blueberry. 8. Pada lapisan yang terakhir lapisi dengan pastry cream begitu juga diseke...

Banana with puff pastry

Image
Sweet delicious banana with puff pastry Bahan- *Pisang (rembat jer apa yang ada) *Puff pastry (kalau susah nak dapat kulit popia tupun boleh...) *Butter *Nutmeg powder * Brown sugar *Cinnamon powder Cara membuatnya: 1. Pisang dibuang kulit(kecuali kalau ada yang suka makan kulitnya, bohlah sekali kulit tu...). 2. Puff pastry jadikan 3-5 lapisan. 3. Sapu butter (yang telah dicairkan) ke atas permukaan puff pastry. Kemudian taburkan brown sugar, nutmeg dan cinnamon powder. 4. Letak pisang di atas permukaan puff pastry, gulung @ lipatkan mengikut kesukaan bentuk yang diingini. 5. Sapu butter atas puff pastry yang telah siap digulung. 6. Bakar suhu 180 celcius selama 10-15 minit (sehingga kekuningan), bila sejuk bolehlah di ngap....