Posts

Showing posts from December, 2013

Karipap sardin

Image
Bahan Kulit karipap: 2 cawan  tepung gandum 3 camb.  marjerin (dicairkan) 5 camb   minyak masak (dipanaskan sekejap) Sedikit air dan garam Bahan inti: 1 tin sardin (tin sedang) 1 biji bawang besar (dipotong dadu) 2 biji bawang putih (dicincang) 1 camb. cili kisar Garam dan gula secukupnya Sebiji limau nipis Cara membuatnya: 1.  Masukkan tepung gandum, tuangkan sedikit demi sedikit minyak masak, gaul sebati. 2.  Masukkan mentega yg telah dicairkan kedalam adunan tepung, uli sebati. 3.  Tambahkan sedikit air, uli hingga doh tidak melekat ditapak tangan. 4.  Untuk inti, masukkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana panas. 5.  Inti dimasak sehingga kuahnya kering sedikit.  Ketepikan dan sejukkan dahulu. 6.  Canaikan adunan tepung, letak inti ditengah adunan dan kelimkan tepi karipap tadi. 7.  Goreng dalam minyak yang sederhana panas.

Tepung gomak

Image
Kuih tepung gomak juga dikenali sebagai Kuih Tepung Gomok, Abuk-abuk dan Kuih Buah Beluru.  Terdapat berbagai versi penyedian inti kuih ini antaranya inti yang disediakan dari kacang hijau yang bercampur dengan kelapa dan ada juga inti yang hanya menggunakan bahan utama kelapa sahaja yang dimasak bersama gula merah dan gula melaka. Bahan untuk salutan kuih: 500 gm kacang hijau Cara membuatnya: 1.  Basuh dan toskan kacang hijau. 2.  Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat. 3.  Kisar kacang sekejap untuk meleraikan kulitnya.  4.  Keluarkan dan tampi kulit kacang, kemudian kisar kacang sehingga hancur dan menjadi tepung. 5.  Kisar kacang sehingga hancur dan menjadi tepung yg halus. 6.  Simpan di dalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih. Bahan Inti: 1     biji       kelapa parut 200 gm       gula melaka (atau b...

Lempeng pisang

Image
Lempeng Pisang Bahan: 4 biji pisang abu 1/4 cwn. gula pasir secubit garam 1/2 cwn. kelapa parut ( putih sahaja) 2 cawan tepung gandum 1 cwn. air Sedikit minyak Cara memasak: 1.  Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. 2.  Masukkan kelapa parut dan gaul sebati. 3.  Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. 4.  Masukkan sedikit adunan, ratakan dipermukaan kuali. 5.  Bila adunan telah masak dan sedikit garing, terbalikkan lempeng tadi dan masakkan pula permukaan atas tadi. 6.  Hidangkan bersama sambal ikan bilis. Nak lempeng ke nak lempang?  daripada lempang baik pilih lempeng.  Perut kenyang hati tak sakit.  Saya telah beberapa membuat lempeng pisang di rumah, tapi seperti kata anak "ibu! opah buat lagi sedaplah".  Sabar ajelah, memang lempeng opah buat tiada tandingan.  Buat ibu-ibu yang tengah nak naik angin kerana kenakalan anak, silalah masuk ke dapur dan sediakan lempeng daripada ngad...

Ikan 3 Rasa

Image
Ikan 3 rasa Bahan A- 1 ekor ikan bawal atau siakap 1 sudu makan tepung jagung (untuk menyalut ikan) 3 biji bawang merah        ) 1 labu bawang besar       )  dihiris 2 ulas bawang putih        ) 2 inci halia                      )  Bahan B- 3 camb. sos tomato 3 camb sos cili 3 camb sos tiram 3 camb air 1 camt. gula Bahan C- 1 pokok daun bawang 2 biji cili merah (dihiris) 2 biji cili hijau (dihiris) 2 biji tomato (dipotong 4) 1 biji capsicum merah, hijau dan kuning Cara membuatnya- 1.  Salutkan ikan dengan tepung jagung. 2.  Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan.  Angkat. 3.  Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sahaja bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi. 4.  Masuk...

Ayam masak merah

Image
Bahan: 1/2 ekor ayam Sedikit garam dan kunyit 4 - 5 biji cili kering (direndam dan dikisar halus) 1 cm halia                 ) dikisar 2 ulas bawang putih ) 1 labu bawang besar) 1 biji tomato (potong dadu) 1/2 cawan sos tomato 1/2 biji bawang besar (potong bulat) kacang peas secukupnya 1 bungkus cili boh Cara memasak: 1.  Bersihkan ayam.  Potong kecil dan gaulkan bersama garam dan kunyit. 2.  Goreng ayam 2/3 masak. 3.  Tumis bahan kisar sehingga naik bau, dan pecah minyak. 4.  Masukkan sos tomato dan buah tomato. 5.  Masukkan ayam, biar sehingga kuah pekat. 6.  Masukkan bahan selebihnya, kacau sebati.  hidangkan.

Daging Nasi Kandar

Image
Daging Nasi Kandar Bahan A: 1 kg daging lembu (diperap dengan 3 camb. rempah kari daging) 4 batang serai (diketuk) 1/2 cawan air asam jawa 2 biji tomato (potong 4) 1/2 cawan minyak masak 3 cawan air 5 tangkai daun kari 1 pokok daun ketumbar garam secukup rasa Bahan B: 1 botol kicap manis 1 botol kicap pekat 2 biji bawang besar  ) 4 biji bawang merah )  Dihiris 1 ulas bawang putih  ) 1 cm kulit kayu manis 3 biji buah pelage 5 kuntum bunga cengkih Cara memasak: 1.  Panaskan minyak  dan tumis bahan yang dihiris, serai dan daun kari sehingga Wangi. 2.  Masukkan daging yang diperap, tomato dan daun ketumbar.  Kacau rata. 3.  Masukkan air asam jawa dan garam. 4.  Masak sehingga pekat dan pecah minyak. 5.  Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.

Cucur Udang

Image
Bahan: 1 kg Tepung gandum 1 kg Udang sederhana besar (dibuang ekor dan kepala) 10 gm Daun kucai dan daun sup 10 gm Taugeh Sedikit serbuk kunyit 3 camb. Cili boh 3 biji Bawang besar (dipotong dadu) 6 biji Cili merah (dimayang) 1camb. cuka makan Sedikit garam dan gula Air sejuk secukupnya Cara memasak: 1.  Bersihkan sayur-sayuran dan potong. 2.  Campurkan semua bahan dan gaul sebati 3.  Biarkan seketika (5-10 minit) 4.  Panaskan kuali yg berisi minyak masak. 5.  Goreng adunan sehingga kekuninggan, sejat dan angkat.