Posts

Showing posts from March, 2024

Pengat Pisang

Image
  Pengat pisang atau dikenali juga sebagai serawa pisang dijamah ketika minum petang atau boleh juga dihidangkan ketika kenduri kendara.  Penggunaan jenis pisang juga tidak terhad kepada sejenis pisang tertentu sahaja.  Pengat pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai bahan utama akan menghasilkan rasa sedap, lemak masin dan masam yang datang dari pisang tanduk tersebut.  Penggunaan pisang lain seperti pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan juga boleh bagi menghasilkan pengat pisang ini. Bahan- 3-4 biji pisang tanduk 2 mangkuk santan pekat 2 mangkuk santan cair    (atau boleh digantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air) 1/2 cawan sagu (dibersihkan) 2-3 keping nisan/ gula melaka 1/3 cawan gula pasir 2 helai daun pandan garam secukup rasa Cara memasak- 1. Buang kulit pisang dan hiris setebal 1-2 cm. 2. Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam. 3. Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. 4. Masukkan sagu, gula, daun pandan dan garam secukup ras...

Pai Tee

Image
  Pai Tee sangat sinonim dengan kedai makan jenama terkenal rangkaian Chicken Rice Shop.  Keranggupan kulitnya dan sesedap rasa segar ramuan intinya sangat mengujakan.  1 pinggan serasa tak cukup.  Pai tee selalunya dihidangkan sebagai hidangan minuman petang, dijamu pada hari2 sambutan perayaan dan jamuan makan. Bahan untuk kulit- 1 cawan tepung beras 2 sudu besar tepun gandum 2 sudu besar tepung jagung 1 cawan air secubit garam sebiji telur 1 sudu kecil air kapur makan Cara memasak- 1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak berketul menggunakan whisk. 2. Panaskan minyak dan celup acuan ke dalam minyak panas tersebut. 3. Celup acuan yg telah dipanaskan tersebut kedalam ramuan kulit tadi dan celup semula ke dalam minyak panas. 4. Acuan yang terbentuk biarkan kekuningan sebelum diangkat.  5. Toskan  Bahan untuk inti- timun sengkuang lobak merah (disagat tapi saya suka dihiris nipis saja) tauge isi udang bawang putih dan bawang merah ditumbuk minyak g...

Rendang daging

Image
Bahan kisar halus- 7-8 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 3 inci halia 2 inci kunyit hidup 2 inci lengkuas 3 batang serai 15-20 tangkai cili kering (direbus asing) dan dikisar berasingan sedikit air Bahan untuk disangai- 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu kecil biji jintan putih 1 sudu kecil biji jintan manis Bahan-bahan masakan yang selebihnya- 2 cawan minyak masak 1 kilo daging lembu 2 cawan santan cair 1 mangkuk santan pekat 1 keping asam keping (sederhana) 2-3 sudu besar kerisik 1-2 helaai daun kunyit 2-3 helai daun limau purut gula nisan atau gula melaka secukupnya garam dan gula secukup rasa Cara memasak- 1. Daun kunyit dibuang bahangian tengah yang keras, kemudian digulung nipis dan hiris senipisnya.  Simpan dalam bekas bertutup dan jangan biarkan kering. 2. Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam anggaran 2 inci. 3. Bahan-bhan sangai, pastikan disangai sehingga naik baunya.  Kemudian bahan sangai ini dikisar halus. 4. Panaskan minyak dan masukk...

Pulut kuning

Image
Kebiasaanya pulut kuning dimakan bersama gulai atau rendang ayam dan daging, serunding, gulai telur atau boleh juga dimakan bersama sambal ikan bilis. Pada masa dulu pulut kuning selalunya dihidangkan bersekali dengan ayam panggang atau ayam golek dan telur rebus. Bahan pulut kuning-   5oogm beras pulut  1 sudu kecil kunyit  air secukupnya (untuk menrendam pulut)  2 cawan santan pekat  secubit garam  3-4 helai daun pandan  Cara memasak-   1. Rendam pulut yang digaul bersama kunyit untuk berberapa jam (4jam sekurang2nya) atau direndam semalaman bagi mendapatkan warna kuning yang cantik.  2. Toskan atau tapis pulut bagi membuang air rendaman.  3. Alas daun pisang didalam tempat pengukus dan letakkan beras pulut rata di atas daun pisang tersebut. Panaskan pengukus dan kukus pulut selama 1/2 jam atau sehingga lembut.  4. Angkat dan masukkan pulut ke dalam mangkuk besar.  5. Kacau santan bersama garam, dan tuang santan...