Posts

Ketuk-ketuk kuali ramadhan di Kodiang, Kedah

Image
Ish..... cam model iklan baju lak.... tapi baiknya sebab dibuat depan masjid gitu. Nie sebenarnya adalah para peserta event ketuk2 kuali ramadhan di Kodiang, Kedah. Nie..... gambar reramai nie sebebarnya muka-muka kepenatan, selepas bertungkus-lumus bergotong-royong mengerjakan masjid tu. Bersihkan kawasan perkuburan, bersihkan masjid dan masak bubur lambuk serta makanan tuk berbuka.... Terima kasih sesangat sebab dia orang nie memang sangat hebat, sporting giler dan memang bestlah.... Lepas berposing nie, kita orang nak ke Pekan Rabu, Alor Star Kedah... yang memang sangat best kalau nak bershopping barangan untuk beraya nie... Tu yang berseri-seri muka dia orang (nak gi shopping punya pasal penatpun boleh letak ke tepi). I Luv youlah..... Ha..... dah dapat baju raya kat Pekan Rabu tadi, bukan main gumbira lagi hati yea.... I miss you dear.... Miss a lot my dear students.... nak nangis (geng yang duk bergambar nie most of them dah nak abis belajar dah).

perasmian Jualan Amal Biskut

Image
jangan jealous... nie suma yang liza buat time nak adakan event perasmian jualan amal ramadhan, dua yang lepas dengan geng Saiful (SIFE) dan geng Nabil (DFSM). Budget tak banyak so kenalah pepandai menadjust menunya. Nie baru part dessert.... Nie ha... main coursenya. Kita orang cater Nasi impit Kuah kacang, rendang, lontong dan soto. Main menu berasaskan nasi impit. Cuma di variatikan cara pemakanannya, bab-bab plan menu kalau namanya dah mengajar menu planning tapi tak reti nak buat, baik duk kampung tanam jagung jerlah... Ha... tengok cik Lijah berpusu-pusu orang nak serang kat counter makanan nie. Nasib baik buat buffet, kalu tak mau tak menang tangan nak melayannya. Sonot (seronok) giler tengok dia orang menjamu selera. Tapi ya ampun... menunya tak semeriah di hotel. Tahun nie sepatutnya ada buat projek camtu gak (kiranya keseinambungan dari yg terdahulu) tapi tak dapat buat sebab event diluluskan setelah 2 minggu kita suma duk puasa. Takpe2 nanti lain tahun leh buat lagi. ...

Biskut raya....

Image
Hari nie duk pening kepala mencari biskut apa nak buat untuk raya (hu..hu.. tinggal lagi 2 minggu nak raya nie...). Actually nielah first time liza tak excited tuk buat preparation raya. Cam terasa diri kat nun jauh di kota London lak kan. Atoiyaii.... mood koje (especially ngajar) memang sifar abis... Tadi adalah class kul 8.00 pagi tapi yg datangnya separuh jer. Petang kang ada 1 class lagi (entah apa cite lak pun tak taulah...). Nie duk kat opis duk cari resepi biskut raya (dah settle.. siap print lagi.....) sambil dengar lagu dan mengecek (English + malay) test student. Macam-macam biskut duk ada... tapi liza still terkenang-kenang biskut orang dulu-dulu.... especially yang tok selalu duk buat (biskut makmur) dan satu lagi yang gedabak besar (color merah dan hijau cam kuih samperit) sedap giler..... Almond london yang duk buat tetahun nie memanglah superb dan antara yang dapat banyak tempahan. Liza pun tak fahamlah kalau orang kata biskut nie tak sedap. Petuanya satu jer, bua...

Nasi lemak

Image
Nasi lemak buah bidara... sayang selasih hamba lurutkan; hilang emak hilang saudara.... kerana kasih hamba turutkan.... Nie statement dari cite dulu-dulu. Statement sekarang apa ek... Nasi lemak sepanjang jalan kat Taman Pauh.... sayang perut lapar hamba rembatkan; hilang rm tak ingat berapa..... kerana laparnya pasal hamba beli sampai abis.... Ha..ha.. ha. nie saje jer nak promo nasi lemak kat Taman Pauh tu (tapi yang dijual kat tempat abang burger tu really sedap....). Saya puasa hari nie, melatihkan diri menunggu ramadhan (alahai.....). Tetiba teringatkan nasi lemak. Mungkin ada juga yang seperti saya, jadi apa tunggu lagi meh kita balik dan masak. Actually, nasi lemak nie cara penyediaanya ada pelbagai version. Sebelah Penang; nasi lemaknya tidak dibubuh santan, cuma bawang ditumis bersama mentega (nak sedap guna minyak sapi) kemudian dimasukkan beras, bahan yang berkaitan dan sedikit gula. Sebelah KL, nasi lemaknya tidak menggunakan santan... hampir separuh nasi lemak yan...

Roti Jala dgn Kari ayam

Image
Hujung minggu camnie, kalau layan roti jala best jugak ek!. Tapi cam leceh jer, nak mengurai (any term??? i just hear from my grandma.... this term "mengurai"). Tahu tak term tu mendanya, itu merupakan term untuk koje adunan roti jala yang kita bentukkan di dalam non-stick pan. Kalau x de non-stick pan apa nak buat?? gi kedai kat hujung jalan dan jerit kuat-kuat "makcik! roti jala 1". Okay, jangan jadikan alasan, pan biasapun bisa, letak aje sedikit minyak masak (sedap kalau guna corn oil @ butter... aromanya nanti mix dengan roti jala...). Ada yang dah tak kuasa nak dengar saya berceloteh? Sebagai upah melayari blog saya, ari nie saya perturunkan resepi Roti Jala bersama Kari Ayam : Bahan Roti Jala - 200 gm Tepung gandum (ayak dulu yea) air mengikut kepekatan adunan 1 biji telur Sedikit serbuk kunyit Sedikit garam Cara membuatnya - 1. Masukkan tepung gandumdan serbuk kunyit bersama sedikit garam ke dalam bekas. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit ...

Mee Tomyam seafood

Image
So easy. Semudah memasak maggi. Aritu gi one of the shopping mall yang ada berdekatan Seberang Jaya, Penang. Dari jauh dah terbau tomyam, berasap-asap sebab dimasak secara terbuka. Daripada x nak makan, perut kenyang pun terasa cam dah 10 ari tak makan. so saya order 1, anak tak nak, tapi bila dah sampai dia orang yang terlebih rembat. Kempunan punya pasal balik buat sendiri kat umah, puas hati den.... Untuk yang tak pernah mencuba ini resepinya. Bahan - 1 paket mee kuning 250 gm udang (sederhana besar) 100 gm sotong basah (sederhana besar) 100 gm ketam (nak mudah ambil isinya sahaja) 2 -3 batang serai 1 botol pes tomyam 4-5 helai daun limau purut 2 biji bawang merah 20 gm cili padi sedikit minyak masak( untuk menumis) 1/2 liter santan (x guna pun takpe....) 2 batang Lobak merah 1/2 biji kubis 100 gm Bunga kobis ...

Chocolate Mousse

Image
Rasa cam ice cream. Tapi bukan ice cream. Rasanya sedap, sederhana manis, tekstur yang lembut dan boleh diperbagaikan cara pembuatannya.... cuba teka apa dia?. Hari nie saya nak ajar buat chocolate mousse pulak. Chocolate mousse nie sedap dimakan, terutama ketika jiwa tengah kacau (laju jer ngapnya....). Bahan - 3 biji kuning telur 3 biji putih telur 90 gm Caster sugar 120 gm cooking chocolate 330 gm whipped cream (VIVO @ Top Ace) Pastry cream Bahan hiasan seperti strawberry, coklat rice, maple syrup etc. Cara membuatnya - 1. Cairkan cooking chocolate dengan cara double boil, menggunakan api sederhana. 2. Kemudian masukkan kuning telur setelah coklat tadi sejuk. 3. Putih telur dicampur dengan gula, kemudian dipukul sehingga menjadi gebu (meringue). 4. Pastry cream dipukul berasingan sehingga menjadi gebu (soft peak) dan elok naiknya. 5. Pastry cream kemudianya dicampur ke dalam adunan coklat, secara sedikit demi sedikit. P...