Tiramisu strawberry coklat cake
Kesian Danial.... kerana awak saya luangkan masa malam nie di office. Entah pukul berapa nak balik pun tak tahu... saya akan cuba masukkan resepi-resepi yang ada dan telah saya cuba untuk dikongsi bersama.... dengan syarat lepas nie boleh dapat kain batik free kut.....
Tiramisu strawberry coklat
Bahan -
1 kg choc. sponge cake
Nescafe dissolved with water and maple syrup (kalau xada maple syrup guna madu pun ok)
500 gm cream cheese philadephia
100 gm caster sugar
20 gm gelatin powder + water
4 nos egg yolks
300gm pastry cream (jenama VIVO)Ini cadangan saya
Coco powder
Cara membuatnya -
- Putar cream cheese bersama sugar sehingga sebati dan gebu.
- Masukkan kuning telur + adunan cream cheese dan gelatin (yang telah dilarutkan bersama air).
- Potong kek menjadi beberapa layer yang nipis.
- Masukkan lapisan kek ke dalam bekas dan sapukan dengan nescafe.
- Masukkan adunan cream cheese di atas adunan kek.
- Lakukan proses seterusnya sehingga habis dengan lapisan cream cheese berada dibahagian paling atas.
- Masukkan ke dalam peti sejuk, biarkan selama bebrapa jam sebelum dikeluarkan dan dipotong untuk dihidang.
- Sebelum di[potong, taburkan cocoa powder di atas kek.
Comments