Kuih Keria


Kuih Keria

Sedapnya kalau dapat ngadap kuih keria nie pepanas time petang.  Seketul-seketul diambil, tambah sedap bila kuih keria nie dibuat dengan penuh kasih sayang.  Tahu ke apa maksud saya "dibuat dengan penuh kasih-sayang tu"? Maksud saya dibuat dengan menggunakan sukatan bahan yang betul.  Takdelah cam yang selalu kita beli (lebih tepung dari keledek). 

Makan memang sedap.... tapi nak membuatnya nampak mudah tapi berkecah dapur dibuatnya.  Tangan toksah duk katalah.  Habis berlemuih (comot).  Untuk anda semua, saya kongsikan hari nie resepi kuih keria atau dalam loghat utara nya cuk@ chuq keria.


Bahan:
1/2 kg ubi keledek
1 cawan tepung gandum
1 camt. baking powder
8 camt gula
1/2 cawan air atau secukupya

Cara membuatnya:
1.  Kupas kulit keledek.  Potong besar-besar kemudian direbus hingga empuk.
2.  Lenyek keledek ini semasa masih panas hingga lumat atau hancur.
3.  Masukkan tepung hingga adunan tidak melekat di telapak tangan serta bahan-bahan lain.
4.  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, bulatkan adunan dan lubangkan ditengahnya (macam gegelung getah).
5.  Goreng dengan menggunakan api yang sederhana hingga kekuninggan, toskan.
6.  Didihkan air dan dicampurkan gula.  Masak hingga air likat dan masukkan kuih keria yang telah disejat tadi dalam adunan gula. 
7.  Ratakan kuih pada gula dan sedia untuk dihidang.





Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh