Sambal tumis petai

Nie kalau pekena dengan nasi panas-panas, dapat pula udang yang fresh; memang bertambah-tambah nasi dibuatnya.  

Bahan bahan:
Udang (sederhana besar)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa
Petai secukupnya


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.

Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.

Akhir sekali masukkan udang dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Comments

ANIQ AZRI BIN ABDUL KHALID JUM (2019255454) said…
ANIQ AZRI BIN ABDUL KHALID JUM (2019255454)

Bahan-bahan :
1½ biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cili kering (ikut kepedasan tersendiri)
1 inci belacan
Ikan bilis (ikut citarasa)
2-3 tangkai petai
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu makan sos tiram

Bahan kisar :
1 biji bawang
3 ulas bawang putih
Cili kering (ikut tahap kepedasan sendiri)


Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan masukkan belacan serta bahan kisar . Kacau sehingga garing .
2 . Masukkan 1 sudu sos tiram .
3 . Masukkan gula dan garam secukup rasa .
4 . Masuk kan ikan bilis dan petai . Gaul sehingga rata . Jika ingin berkuah tambahkan sedikit air .
Cara yang biasa saya gunakan untuk membuat sambal tumis petai ini adalah yang pertama kita perlu mengupas biji petai serta mengupas kulit udang yang bersaiz sederhana besar. Yang kedua kita perlu mengisar bawang merah dan bawang putih. Kemudian panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.Setelah minyak panas, tumiskan bawang yang telah dikisar itu sehingga garing dan masukkan beberapa senduk cili boh mengikut kepedasan yang anda mahukan. Tumis sambal sehingga pecah minyak dan masukkan sedikit gula.Jangan letak gula yang terlalu banyak kerana udang mempunyai rasa manis yang tersendiri. Selepas itu,masukkan juga sedikit air asam jawa untuk memberikan rasa masam. Kacau sehingga sebati dan masukkan petai dan garam. Akhir sekali,masukkan udang dan gaulkan kesemua bahan tersebut. Terima kasih. (2019443244)

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-