Posts

Showing posts from 2018

Badak Berendam

Image
Badak Berendam Bahan Doh: 2 cawan tepung pulut 11/2 cawan perahan air daun pandan 1/2 sudu kecil garam Cara Memasak: Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan. Bahan Inti: 2 cawan kelapa parut muda 1 cawan gula merah 1 helai daun pandan Gula pasir, jika suka Cara Memasak: Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis. Bahan Kuah: 2 1/2 cawan santan 2 sudu besar tepung beras 1/2 sudu kecil garam 3 helai daun pandan Sedikit gula - jika suka (opsyenal) Cara memasak- Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan. Cara Penyediaan: 1.    ...

Pasembor

Image
Pasembor... makan sampai tersembur... memang layan dengan hirisan sayuran yang ranggup seperti timun, sengkuang, lobak merah, taugeh bersama kuah yang lazat.  Selalunya ia dijual oleh golongan Indian Muslim (nie yang paling sedap), tapi sekarang semakin dimonopoli oleh melayu, dikenali dengan "Cheh Hu" oleh masyarakat cina. Bahan untuk cucur udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan udang 2 biji bawang kecil 1 camb. cili boh  1 1/2 camt. baking powder garam air Bahan kuah: 1 biji keledek (sederhana besar -direbus hingga empuk) 2-3 biji bawang kecil 1 camb. cili boh sedikit kicap air secukupnya untuk kuah 1/2 cawan kacang tanah yang disangai ( tumbuk kasar) minyak untuk menumis gula merah dan garam secukup rasa Bahan lain: 3 biji kentang sederhana besar 4 biji telur (direbus) 4 keping tauhu (digoreng) 1 biji timun 1 biji wengkuang sedikit taugeh minyak untuk menggoreng Cara memasaknya: 1.  Bersihkan kentang dan rebus bersama kulit sehingga sepa...

Kuih Kelupis

Image
Kuih Kelupis bahan - 1 cawan beras pulut (direndam 3-4 jam dan toskan) 1 cawan santan pekat garam secukup rasa daun pisang secukupnya Cara memasak- 1.  Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam periuk, tanak separuh masak seperti       menanak beras pulut untuk ketupat. 2.  Sudukan ke dalam daun pisang.  Bungkus dan lipat seperti melipat kuih lepat.  Setelah cukup 3       kuih.  Satukan ketiga-tiga kuih ini dan ikat dengan tali rafia. 3.  Masukkan ke dalam periuyk pengukus dan kukus selama 1 jam. 4.  Makan bersama rendang ataupun kari ayam atau daging.

Bintanok Jagung

Image
  Resepi Bintanok Jagung - Bahan: 3 biji jagung gula secukup rasa kulit jagung (ambil bahagian yang lembut) Cara memasak- 1.  Parut jagung ambil isinya. 2.  Letakkan dalam periuk dan letak isi bersama gula dan air sedikit mengikut kesesuaian manisnya. 3.  Jagung tadi dimasukkan ke dalam kulit jagung dan kemudiannya kulit jagung tersebut dilipat kemas. 4.  Susun dalam pengukus dan kukus dalam 1/2 jam. Nampak macam sedap. Tapi memang sedappun.  Jagung mana ada yang tak sedap.  Sedap kuih nie ditambah dengan wangi aroma kulit jagung yang membaluti kuih.  nak mudah caranya sama macam membuat kuih lepat cuma dibalut dengan kulit jagung.

Barobbo

Image
Resepi Barobbo Bahan- 2 cawan beras 700gm daging ayam (potong kecil) 5 biji jagung (parut ambil isi) 3 batang kacang panjang (potong kecil) 1 mangkuk sayur cekur manis 3/4 cawan udang kering 800ml santan sederhana pekat 5cm halia (tumbuk) 1 camb lada putih serbuk 7 ulas bawang putih (tumbuk) 7 biji bawang merah (tumbuk) Garam dan perasa air secukupnya bawang goreng daun sup Cara memasak- 1.  Didihkan air dan masukkan semua bahan kecuali sayuran, bahan perasa dan      santan. 2.  Bila beras bertukar menjadi bubur nasi, masukkan santan jagung, dan bahan      perasa. 3.  Biar sehingga kuah pekat baru masukkan sayuran, gaul sebati dan tutup api. Serius sedap.  Selain dari bubur lambuk dan bubur nasi chinese style; ini pilihan yang terbaik bagi anda yang sukakan variasi rasa dalam masakan bubur nasi.

Gulai Batang Pisang

Image
GULAI BATANG PISANG  ·           Gulai nie merupakan hidangan wajib tahu yang terkenal di Kedah.  Kalau orang yang tak biasa dengan masakan nie, first time jumpa mesti rasa, kreatifnya orang Kedah; batang pisang pun boleh jadi masakan.  Bahagian batang yang diambil adalah bahagian umbut dan rias sahaja, tidaklah keseluruhan batang pisang tu ditarahnya jadi gulai. ·           Ia lebih sedap jika menggunakan daging bertulang lembu atau kambing. 1kg daging lembu 1 pokok umbut pisang asam jawa garam 1 cawan serbuk kari daging 1 cawan kerisik 2 tangkai daun kari air santan dari sebiji kelapa – asing bahagian santan pekat dan santan cair minyak untuk menumis. Bahan tumis 2 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 ulas bawang merah dimayang 4 ulas bawang putih dimayang 1 inci halia potong halus Cara Penyediaan ...
Image
LAKSA KEDAH     Laksa Kedah mempunyai beberapa ciri tertentu yang membezakannya dengan laksa yang terdapat di seluruh Malaysia.    Daripada segi kuah, laksa Kedah mempunyai kuah yang pekat dan likat dan warnanya agak pucat, sedikit kekelabuan.   Laksa Kedah tidak menggunakan cili kering tetapi menggunakan cili padi.   Laksa yang digunakan selalunya laksa beras buatan sendiri.   Laksa, bila disebut laksa yang tinggal di sebelah utara mesti terbayangkan laksa Teluk Kechai ataupun laksa Perlis.  Yang duk kat Johor terkenangkan laksa Johornya, yang duk kat tengah-tengah nie, asam laksa oklah kut.  Nie hari nie nak citer sikit tentang Asam Laksa. Asam laksa is a famous local delicacy in Penang.  So sometimes it also may known as Penang Laksa, as it is considered as an indigenous food of Penang.  It commonly found at Penang hawker centers or coffee sh...