Badak Berendam




Badak Berendam

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam



Cara Memasak:
Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan.



Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka



Cara Memasak:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.

Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.


Bahan Kuah:
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula - jika suka (opsyenal)

Cara memasak-
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.


Cara Penyediaan:
1.      Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat. 

2.      Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan. 

3.      Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah. 




Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-