Fish and Chip

Bahan utk ikan-
Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan)
Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum)
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Beberapa hirian ikan dory
Sedikit lada sulah
1 paket breadcrumbs
3 biji telur

Cara memasak-
1. Perasakan hirisan ikan dory dengan garam dan lada sulah.  Biarkan seketika selama 1/2 
    jam.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan dory sehingga kekuningan.



Bahan Potato wedges-
300gm Ubi kentang
Minyak masak
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara memasak-
1. Kupas kentang dan bersihkan.
2. Potong kentang dalam bentuk wedges dan didihkan air.
3. Rebus kentang sebentar dalam 2 minit sahaja dan sejatkan.
4. Salutkan dengan bahan perasa dan goreng sehingga kekuningan; kemudian sejatkan 
    minyaknya.

Bahan untuk Tartar sos-
400ml mayonnaise
120gm bawang holland (dpotong dadu kecil)
120gm caper hancur
70gm daun parsley
Sedkit hirisan lemon

Cara memasak-
1.  Campur dan sebatikan semua bahan dan perah lemon untuk mendapatkan ekstrak jusnya.

Bahan Coleslaw-
500gm kobis hijau (hiris halus)
200gm lobak merah (potong julienne halus)
400ml mayonnaise
sedikit lada sulah

Cara memasak-
1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.



Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-